Thursday, July 29, 2010

KEM ASTRONOMI 2010

KEM ASTRONOMI 2010 akan dijalan kan pada 1 & 2 Oktober 2010. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Cikgu Abu Seman Yusof, Ketua Panitia Sains SK Stowell di talian 016-4571498.

Wednesday, July 14, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010




Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah berlangsung pada 16 julai 2010 di dewan SK Stowell. Majlis ini mengiktiraf kecemerlangan akademik pelajar pada peperiksaan yang lepas termasuk yang cemerlang pada UPSR 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Stowell, Pn. Hamiyah bt Hassan. Sambutan daripada ibu bapa murid amat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah tersebut.




Ketibaan YDP PIBG SK Stowell, Pn. Hamiyah bt Hassan disambut dengan paluan kompang dan diiringi oleh Guru Besar SK Stowell, En. Illyas bin Ismail.



Majis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mahmud Shakir.



Guru Besar, En. Illyas bin Ismail menyampaikan ucapan pembukaan.


Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Stowell, Pn. Hamiyah bt Hassan.



Program Muafakat Waris

Program Muafakat Waris ini telah berlangsung pada 13 Julai 2010 di SK Stowell. Program ini bertujuaan memberi maklumat tentang tahap pencapaian akademik murid kepada waris masing-masing. Di samping itu juga waris berpeluang mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dan tingkahlaku anak-anak mereka di sekolah daripada guru kelas. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada waris dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Sementara itu, bagi waris dan murid tahun 6, satu program perjumpaan dengan Guru Besar, En. Illyas bin Ismail dan Penolong Kanan 1, En. Aziz bin Jaafar turut di adakan bagi persediaan untuk menduduki UPSR pada tahun ini. Waris diminta duduk bersebelahan dengan murid bagi mewujudkan suasana lebih emosional. Dengan jayanya program ini, pihak sekolah berharap waris dapat membantu guru-guru secara tidak langsung bagi mencapai kecemerlangan UPSR pada tahun ini.


Guru Besar memakaikan 'badge' kepada murid yang cemerlang pada peperiksaan UPEN2 yang lalu.


Penyerahan buku kemajuan murid kepada waris oleh guru kelas sambil berpeluang bertanyakan prestasi akademik anak masing-masing.


Tuesday, July 13, 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN STOWELL, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - 20 JANUARI 2009





Buat pertama kali sejak TV3 Kids School Attack diperkenalkan pada tahun 2007, pasukan School Attack atau lebih dikenali sebagai "School Invaders" telah menjelajah ke luar Lembah Klang...SK Stowell Bukit Mertajam Pulau Pinang!!!

Lebih menarik lagi...dua aktiviti baru diperkenalkan ...Giant Jigsaw Puzzle dan Fun Telematch...aktiviti-aktiviti lain seperti Explorace Kids, Penalty Kick Shootout, Pop Quiz dan Tiru Gaya MyTV3 Roverz turut diberi nafas baru oleh School Invaders agar adik-adik terus enjoy!!!..:)

Yang bestnyaa.....SK Stowell Bukit Mertajam merupakan satu-satunya sekolah di mana aktiviti Shoot and Score dijalankan untuk menggantikan aktiviti Shootn' Hoops...sebabnya? SK Stowell adalah sekolah yang terdiri daripada murid-murid lelaki SAHAJA dan tiang bola jaring yang selalunya digunakan untuk Shootn' Hoops tidak pula kelihatan...iskkk!!! Lebih menarik lagi, murid-murid sekolah ini yang berbangsa Melayu, India dan Punjabi turut berpeluang untuk wish rakan-rakan mereka dan TV3 Kids fans yang berbangsa Cina "Happy Chinese New Year" untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia...wowwyyyy!!!!...:)

Pastinya adik-adik sekolah ini yang lahir pada bulan Januari rasa bertuah harijadi mereka disambut secara besar-besaran dengan kehadiran TV3 Kids dan sebuah kek besar istimewaaaaaa....beratnya 10 kg!!!!

Semestinya kesemua murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah merasa keseronokan sekolah mereka di'attack' dan cenderahati-cenderahati TV3 Kids yang mereka menangi pasti sesuatu yang mereka hargai...

Terima kasih School Invaders ucapkan kepada pihak SK Stowell Bukit Mertajam Pulau Pinang terutamanya guru besar, Encik Illyas bin Ismail kerana sudi menerima kedatangan kami... Kepada adik-adik yang terlibat, ingat pesanan kami....Attack attack? School Attackkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Sunday, July 11, 2010

KEJOHANAN KRIKET ELIT KEBANGSAAN PIALA TUN AHMAD SARJI 2010



Kejohanan Kriket Elit Kebangsaan Piala Tun Ahmad Sarji telah berlangsung pada 14 hingga 20 Jun 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan 6 orang murid dari SK Stowell mewakili negeri Pulau Pinang. Murid tersebut ialah Muhamad Mursyid b Marzukih, Muhamad Danish Aiman b Rosman, Muhamad Amar b Luqman, Mohandas a/l Rada Krishnan, Deevash Roshan a/l Kumarasamy dan Mohd Aiman b M. Shahir. Kontijen negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat Naib Johan pada kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya Guru Pembimbing dan Jurulatih , cikgu Rosman bin Ismail. Kejayaan anda semua adalah kebanggaan seluruh warga Stowell.

Friday, July 9, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 PERINGKAT SEKOLAH

Meriahnya..guru kita berpakaian seragam Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan pada 27 Mei 2010..."Guru Pembina Negara Bangsa"

GAMBAR

Thursday, July 8, 2010

SUKAN TAHUNAN 2010

Sukan Tahunan 2010 SK Stowell telah diadakan pada 3 Mac 2010 di Mini Stadium MPSP. Upacara ini dirasmikan oleh Encik Mohd Hasan bin Mohamed, Penolong PPD Tengah (Bahagian Pengurusan Sekolah)

GAMBAR