Monday, February 13, 2012

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PUSAT KOKURIKULUM 2012

Pegawai Pusat Kokurikulum dan Guru Besar memberi Ceramah Motivasi dan disusuli dengan persediaan teknik-teknik untuk mendaki Bukit Mertajam.

Semua peserta program termasuk guru mengorak langkah mendaki
Bukit Mertajam.



En. Abu Seman yang banyak pengalaman mengenai pendakian bukit memberi sedikit penerangan tentang Bukit Mertajam ini.


Tarikh : 14 Januari 2012 ( SABTU)
Masa : 8.00pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Hutan Lipur Cerok Tok Kun Bukit Mertajam
Peserta : Semua Murid Tahun 6

ATURCARA PROGRAM

07.30 pagi - Bertolak dari sekolah

08.00 pagi - Taklimat Guru Besar

08.30 pagi - Taklimat Pegawai Ko-kurikulum

09.00 pagi - Mendaki Bukit Mertajam

11.15 pagi - Rehat

12.00 tgh hari - Bertolak pulang



OBJEKTIF

1. Membangun minda pelajar dan potensi untuk mencipta kecemerlangan
2. Meningkatkan semangat jati diri..
3. Menmupuk semangat setiakawan dan komunikasi berkesan.

RASIONAL

Kesedaran awal tentang peperiksaan adalah penting supaya murid tidak leka dalam meniti hari-hari peperiksaan nanti. Hal ini memerlukan pemerhatian dan tindakan serius di samping melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan ke arah melahirkan pelajar berkualiti, mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang mantap. Sehubungan itu, dirasakan bahawa program-program pengukuhan kepada sistem pendidikan amat diperlukan bagi menangani cabaran ini. Atas kesedaran inilah maka sekolah melaksanakan program Motivasi Bersama Pusat Kokurikulum bagi melengkapkan diri sebagai pelajar yang berkualiti, seperti mempunyai jati diri, ceria, berketerampilan, dapat melaksanakan tugas terhadap agama, bangsa dan negara.

KESIMPULAN

Program ini telah berjaya membangkitkan semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Murid telah dibekalkan dengan ilmu peningkatan kendiri disamping memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang murid. Secara keseluruhan program ini sedikit sebanyak mampu meniup semangat dalam menghadapi peperiksaan disamping membentuk kekuatan fizikal dan mental.




Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H 2012M

Sambutan Maulidur Rasul 1433H bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" telah berjaya diadakan pada 10 Februari 2012 di SK Stowell dengan meriah. Antara program yang diadakan ialah Bacaan Yassin, Perarakan dari sekolah melalui Taman Bukit dan Kg. Bukit Kechil serta Ceramah.

Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Mahmud Shakir

Perarakan Maulidur Rasul bermula dari sekolah melalui Taman Bukit dan Kg. Bukit Kechil

Perarakan berakhir di Kampong Bukit Kechil.




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Friday, February 10, 2012

Kursus Pengurusan Kepimpinan 2012

Kursus Pengurusan Kepimpinan telah diadakan di Bilik Kuliah PPSMI SK Stowell pada 11 Februari 2012. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Norfaezah, Pn. Siti Diyana dan En. Jamaluddin. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Pengawas, Pengerusi Kelab dan Ketua kelas terlibat dalam kursus ini. Antara objektif kursus ini ialah :

Objektif.
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:
(1) Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas / pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
(3) Memahami dan mampu mengendalikan perbin
cangan secara yang betul.
(4) Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja
di dalam satu pasukan..
(5) meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
(6) Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
(7) Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah

(8) Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

Antara peserta Kursus Pengurusan Kepimpinan 2012.

Puan Siti Diyana sedang menyampaikan ceramah motivasi.

Motivasi membentuk keyakinan jatidiri di sampaikan oleh En. Jamaluddin.

Gotong-royong Perdana 2012



Gotong Royong Sekolah telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar sekolah. Aktiviti gotong royong ini melibatkan murid, guru, PIBG dan ibu bapa. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah ini. Berikut adalah Tentatif Program Gotong-royong 2012:

Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.05 ptg

7.45 pagi : Perhimpunan Pagi.
* Semua guru dan murid
* Taklimat ringkas dari En. Zahiri

8.00 pagi : Bersurai ke tempat mengikut tugas masing-masing.
* Tahap 1 - Astaka (Pertandingan Mewarna)
* Tahap 2 - Membantu En. Wan Chik & En. Rosman

10.15 pagi : Rehat

11.00 pagi : Gotong-royong di dalam kelas masing-masing.

1.05 ptg : Bersurai.

Pertandingan mewarna mirid tahap 1 di Astaka.


Guru besar, guru-guru dan waris turut sama membersihkan semak di sekitar pagar sekolah.

Antara waris yang bersama-sama membersihkan kelas murid tahun 1.


Guru-guru sedang membuat garisan keselamatan.