PIAGAM PELANGGAN
Kami Staf SK Stowell berjanji untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab kami dengan penuh amanah, dedikasi, efisien, dan beretika dalam memberi perkhidmatan serta layanan terbaik kepada setiap pelanggan kami seperti berikut:-
Murid:
Ø Memastikan semua murid mendapat hak, layanan dan peluang belajar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama.
Ø Memastikan semua murid menerima jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran seminggu secukupnya seperti yang diperuntukan dalam Kursus Pengajian.
Ø Memastikan ujian, peperiksaan dan penilaian ke atas setiap murid dilaksanakan secara adil, telus dan boleh dipercayai kesahannya.
Ø Memastikan hal-hal kebajikan, disiplin, keselamatan dan kesejahteraan murid diberi keutamaan dan diambil tindakan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ø Memastikan murid Tahap 2 khasnya, dan Tahap 1 amnya mendapat peluang melibatkan diri dalam kegiatan Kokurikulum, Koakademik dan Kepimpinan.
Staf :
Ø Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Ø Sebarang masalah berkaitan perkhidmatan, profesion serta kebajikan akan cuba diselesaikan dalam masa 5 hari bekerja.
Ø Setiap staf digalakkan mengikuti kursus profesional atau melanjutkan pelajaran berkaitan bidang tugas tanpa menjejaskan pembelajaran murid.
Waris :
Ø Setiap waris murid yang berurusan dengan pihak sekolah akan diberi layanan yang adil dan mesra.
Ø Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberikan dalam masa 3 hari bekerja.
Ø Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah atau dirujuk kepada JPN/PPD.
Sekadar Renungan: