Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

16 Mei 2012 -Sambutan Hari Guru pada hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak-anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara dan modal insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Warga Sekolah Kebangsaan Stowell tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu-lagu, bacaan perutusan khas sempena hari guru, ucapan ketua murid, ucapan wakil guru, ucapan Guru Besar, sukaneka dan lain-lain. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi hadiah kepada guru-guru SK Stowell. Penghargaan yang diterima ini amat menyentuh hati dan hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.

 Murid-murid berkumpul di Dewan Terbuka SK Stowell

Ucapan Pengerusi majlis, En. Mohamad bin Omar.

 Bacaan Doa oleh Ust. Mahmud Shakir

 Ucapan Guru Besar SK Stowell.


 Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru 2012 oleh semua guru.

 Ikrar guru diketuai oleh Guru Besar SK Stowell.

Persembahan Choral Speaking oleh murid SK Stowell.


 Sukaneka - Futsal guru lelaki dimenangi oleh pasukan merah.

 Sukaneka - Acara "Ala Kassim" bagi guru wanita.

Sukaneka - Bowling dengan menggunakan buah kelapa.