Tuesday, January 21, 2014

PENYAMPAIAN PINGAT KECEMERLANGAN DALAM PERTANDINGAN KARATE DAN ANGKAT BERAT





JOHAN ACARA ANGKAT BERAT B12 PERINGKAT ZON BUKIT MERTAJAM

AKTIVITI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2014

Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina 2014 (Tahun Kuda), pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti yang meriah sebagai persediaan menyambut hari perayaan yang cukup bermakna ini pada 16 Januari 2014. Berikut adalah berbagai-bagai jenis kegiatan khas yang telah diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina:








SAMBUTAN PESTA PONGGAL 2014

Pesta Ponggal Masyarakat Hindu kembali. Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat beragama Hindu ialah Pesta Ponggal.Perayaan Ponggal ini adalah untuk mengukuhkan ikatan sesama mereka. Pihak sekolah juga telah bersama-sama menjayakan pesta pongal iaitu pada 16 Januari 2014.







Majlis Maulidur Rasul 2014 Peringkat Sekolah

Umat Islam seluruh Malaysia menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Selasa, 14 Januari 2014, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul yang dipilih ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ selaras dengan tema Maal Hijrah 1435.

Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.
Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang.

“Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Sehubungan dengan itu, SK Stowell telah mengadakan Program Maulidur Rasul pada 16 Januari 2014 peringkat sekolah.. Program dimulai dengan Majlis Bacaan Surah Yaasin, Selawat, Perarakan, Pertandingan Melukis dan  Ceramah.











 


















PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2014

HARI : AHAD
TARIKH : 29 DISEMBER 2013
 MASA : 8.00 - 12.30 t/h
TEMPAT : DEWAN BESAR BOBBY GOH

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1. Bacaan doa - Ustaz Mahmud Syakir
2. Ucapan Guru Besar - En Rosli bin Hashim
3. Taklimat daripada PK Pentadbiran, PK HEM dan PK KoKurikulum


Guru Besar mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SK Stowell. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada hari pertama program ini dijalankan.