Monday, August 19, 2019
KEJOHANAN KRIKET LIGA JUARA-JUARA NEGERI PULAU PINANG
TARIKH : 5 - 8 OGOS 2019
TAHNIAH kepada Team Kriket SK Stowell yang telah berjaya merangkul Johan dalam kejohanan tersebuat untuk 2 tahun berturut-turut.
TAHNIAH kepada Team Kriket SK Stowell yang telah berjaya merangkul Johan dalam kejohanan tersebuat untuk 2 tahun berturut-turut.
Label:
KRIKET
KEJOHANAN BOLASEPAK 10TKB PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
TARIKH : 15 JULAI 2019
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bolasepak SK Stowell yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bolasepak SK Stowell yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.
Label:
BOLA SEPAK
PROGRAM SUMBANGAN PERALATAN ICT DARI SYARIKAT FIRST SOLAR
TARIKH : 10 JULAI 2019
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Syarikat First Solar (M) Sdn Bhd di atas sumbangan peralatan ICT kepada pihak sekolah. Dengan sumbangan ini, pihak sekolah dapat meningkatkan lagi penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.
Label:
SUMBANGAN
ANUGERAH GURU MSSPP
TARIKH : 10 JULAI 2019
Tahniah kepada Cikgu Rosman kerana menerima Anugerah Mengenang Jasa Pengerusi Teknik Kriket MSSPP.
Team Kriket SK Stowell di bawah kendalian Cikgu Rosman & Cikgu Rada Krishnan telah berjaya bergelar Juara Negeri MSSPP dari tahun 2014 hingga 2019.

HARI PELAPORAN PBD TAHAP 1
TARIKH : 26 JUN 2019
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, guru dapat:
Melalui PBD, guru dapat:
- mengesan pengetahuan sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
- pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdP
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Melalui PBD, murid dapat:
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran
Aspek Yang Ditaksir
Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Contoh aspek yang ditaksir ialah:
Contoh aspek yang ditaksir ialah:
- Pengetahuan
- Kemahiran berfikir
- Kemahiran berbahasa
- Kemahiran mengira
- Kemahiran belajar
- Kemahiran bersosial
- Kemahiran manipulatif
- Kemahiran amali
- Kemahiran kinestatik
- Kreativiti
- Kesihatan dan kecergasan
- Amalan nilai murni
- Sikap
Label:
PBD
Subscribe to:
Posts (Atom)