Tuesday, October 4, 2011

HARI KOKURIKULUM / KANTIN 2011


Bekas pelajar SK Stowell dan penduduk sekitar dijemput untuk memeriahkan lagi program ini.


PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN .JUMPA DI SANA !!!

Sunday, October 2, 2011

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-54 Dan Hari Malaysia 2011 Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-54 Dan Hari Malaysia 2011 Peringkat Sekolah telah diadakan pada 19 Oktober 2011. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim. Antara aktiviti yang diadakan ialah perarakan kemerdekaan, mewarna, melukis poster kemerdekaan, pertandingan pakaian beragam dan mendeklamasi sajak.


Thursday, September 22, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011 bermula pada pukul 3.00 petang 23 September 2011 hingga 12 tengah hari 24 September 2011 bertempat di perkarangan SK Stowell. Seramai 100 orang murid turut serta dalam program kali ini.

23/9/2011 (Jumaat)

3.00 pm : Pendaftaran peserta

(Pn. Mageswari)

3.30 - 3.40 pm : Taklimat ringkas dan minum petang

(En. Mohamad)

3.40 — 7.00 pm : Mendirikan khemah

- gajet

- kawad

- bantu mula

- ikhtian hidup

- persembahan

(En. Mohamad)

7.00— 9.00 pm : Makan malam

- Solat Maghrib

- Kuliah Maghrib

- Solat Isyak

(Ust Fadzli)

9.00— 9.30 pm : Perasmian oleh En. Rosli b. Hashim

(Guru Besar SK Stowell)

9.30— 11.30 pm : Persembahan Malam Kebudayaan

(En. Jamaluddin)

12.00 pm : Santai

- BBQ

-Tidur

(En. Faizi)

24/9/2011 (Sabtu)

6.00 - 7.00 am : Bangun pagi

- Solat Subuh

- Gotong-royong membersihkan

kawasan perkhemahan

(Ust Syakir)

7.00—7.30 am : Makan pagi

7.30—10.30 am : Ikhtiar hidup

- Pertandingan Memasak

(En. Wan Chik)

10.30 - 11.30 am : Penutup

- Penyampaian Hadiah

(En. Ahmad bin Hamid)

12.00 pm : Bersurai

Monday, September 12, 2011

UPSR 2011

Kepada Semua Murid Tahun 6 2011, selamat menghadapi UPSR. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

SK Stowell Boleh !!!!!!

Monday, July 11, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011

Sukan Tahunan 2011 SK Stowell telah diadakan pada 6 Julai 2011 di Mini Stadium MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam. Ia dirasmikan oleh Encik Illyas bin Ismail, Bekas YDP MGBPP merangkap bekas Guru Besar SK Stowell. Rumah Hijau sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan, disusuli Rumah Kuning sebagai Naib Johan, Rumah Biru Ketiga dan Rumah Merah tempat Keempat. Banyak rekod kejohanan telah diperbaharui pada temasya kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang. Berikut adalah mata keseluruhan untuk setiap rumah.

RUMAH

MATA

HIJAU

434

KUNING

401

BIRU

383

MERAH

353