Friday, February 10, 2012
Gotong-royong Perdana 2012
Gotong Royong Sekolah telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar sekolah. Aktiviti gotong royong ini melibatkan murid, guru, PIBG dan ibu bapa. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah ini. Berikut adalah Tentatif Program Gotong-royong 2012:
Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.05 ptg
7.45 pagi : Perhimpunan Pagi.
* Semua guru dan murid
* Taklimat ringkas dari En. Zahiri
8.00 pagi : Bersurai ke tempat mengikut tugas masing-masing.
* Tahap 1 - Astaka (Pertandingan Mewarna)
* Tahap 2 - Membantu En. Wan Chik & En. Rosman
10.15 pagi : Rehat
11.00 pagi : Gotong-royong di dalam kelas masing-masing.
1.05 ptg : Bersurai.
Thursday, December 29, 2011
MAJLIS TRANSISI SESI PERSEKOLAHAN 2012
Hari Suai Kenal dan Pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah telah diadakan pada 30 Disember 2011 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid baru menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan di SK Stowell. Seramai 78 orang murid tahun 1 dan 25 orang murid Prasekolah berdaftar hadir bersama waris masing-masing membuatkan suasana sekolah menjadi meriah. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua yang terlibat.
Wednesday, November 16, 2011
KEPUTUSAN UPSR PADA 17 NOVEMBER 2011
Gotong-royong Perdana 2011
Gotong-royong Perdana telah berjaya diadakan pada 12 November 2011 yang melibatkan penyertaan daripada guru-guru dan Jawatankuasa PIBG SK Stowell. Program ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan iaitu memberi keceriaan kepada sekolah dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru dan PIBG. Harapan pihak sekolah agar program gotong-royong akan datang akan disertai oleh semua ahli PIBG SK Stowell.
Thursday, November 10, 2011
Hari Graduasi Prasekolah 2011
Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 4 November 2011 bertempat di Bilik PPSMI.Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.Teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih membanggakan.Terima kasih kepada semua guru, pibg, ibubapa dan murid-murid yang sama-sama menjayakan majlis ini.
Wednesday, November 9, 2011
Hari Kanak-kanak 2011
Alhamdulillah, Pada 8 November 2011, SK Stowell berjaya mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah di Dewan Terbuka. Ada beberapa acara dijalankan sempena sambutan ini.
1. Ucapan Perasmian sambutan oleh En. Rosli bin Hashim, Guru Besar Sk Stowell.
2. Persembahan Murid..
3. Penyampaian Hadiah
4. Jamuan Ringan..
Setiap tahun acara sambutan ini dijalankan di mana-mana sahaja. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Apa sebenarnya sambutan hari kanak-kanak ni??
Latar Belakang
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Objektif Sambutan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
sumber: http://www.jkm.gov.my
Tuesday, October 4, 2011
HARI KOKURIKULUM / KANTIN 2011

Bekas pelajar SK Stowell dan penduduk sekitar dijemput untuk memeriahkan lagi program ini.
PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN .JUMPA DI SANA !!!