Friday, February 10, 2012

Kursus Pengurusan Kepimpinan 2012

Kursus Pengurusan Kepimpinan telah diadakan di Bilik Kuliah PPSMI SK Stowell pada 11 Februari 2012. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Norfaezah, Pn. Siti Diyana dan En. Jamaluddin. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Pengawas, Pengerusi Kelab dan Ketua kelas terlibat dalam kursus ini. Antara objektif kursus ini ialah :

Objektif.
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:
(1) Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas / pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
(3) Memahami dan mampu mengendalikan perbin
cangan secara yang betul.
(4) Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja
di dalam satu pasukan..
(5) meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
(6) Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
(7) Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah

(8) Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

Antara peserta Kursus Pengurusan Kepimpinan 2012.

Puan Siti Diyana sedang menyampaikan ceramah motivasi.

Motivasi membentuk keyakinan jatidiri di sampaikan oleh En. Jamaluddin.

Gotong-royong Perdana 2012



Gotong Royong Sekolah telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar sekolah. Aktiviti gotong royong ini melibatkan murid, guru, PIBG dan ibu bapa. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah ini. Berikut adalah Tentatif Program Gotong-royong 2012:

Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.05 ptg

7.45 pagi : Perhimpunan Pagi.
* Semua guru dan murid
* Taklimat ringkas dari En. Zahiri

8.00 pagi : Bersurai ke tempat mengikut tugas masing-masing.
* Tahap 1 - Astaka (Pertandingan Mewarna)
* Tahap 2 - Membantu En. Wan Chik & En. Rosman

10.15 pagi : Rehat

11.00 pagi : Gotong-royong di dalam kelas masing-masing.

1.05 ptg : Bersurai.

Pertandingan mewarna mirid tahap 1 di Astaka.


Guru besar, guru-guru dan waris turut sama membersihkan semak di sekitar pagar sekolah.

Antara waris yang bersama-sama membersihkan kelas murid tahun 1.


Guru-guru sedang membuat garisan keselamatan.





Thursday, December 29, 2011

MAJLIS TRANSISI SESI PERSEKOLAHAN 2012

Antara ibu bapa murid tahun satu yang hadir bersama anak masing-masing.

Ucapan Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim.

Hari pertama Murid Tahun 1 di alam persekolahan.

Hari Suai Kenal dan Pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah telah diadakan pada 30 Disember 2011 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid baru menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan di SK Stowell. Seramai 78 orang murid tahun 1 dan 25 orang murid Prasekolah berdaftar hadir bersama waris masing-masing membuatkan suasana sekolah menjadi meriah. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua yang terlibat.



Wednesday, November 16, 2011

KEPUTUSAN UPSR PADA 17 NOVEMBER 2011

Pelajar yang mendapat keputusan 5A bersama Guru Besar dan guru tahun 6.




Keputusan UPSR 2011 telah diumumkan pada hari ini menyaksikan murid yang berjaya mendapat 5A adalah seramai 20 orang. Secara keseluruhannya, peratus bagi semua matapelajaran meningkat berbanding dengan tahun lepas. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada yang berjaya dan tahniah kepada guru-guru yang telah berusaha sedaya upaya membantu pelajar mencapai kejayaan ini. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG dan waris yang sudi hadir untuk bersama-sama dengan murid menerima keputusan UPSR 2011 ini.

Gotong-royong Perdana 2011

Guru wanita mengecat pasu yang ada di sekitar kawasan sekolah.

Beberapa orang guru sedang membersihkan kawasan.

Guru Besar menebas pokok liar yang hampir dengan pagar sekolah.

YDP PIBG, En. Izman Harris bin Abd. Halim pun turut serta dalam aktiviti gotong-royong ini.


Gotong-royong Perdana telah berjaya diadakan pada 12 November 2011 yang melibatkan penyertaan daripada guru-guru dan Jawatankuasa PIBG SK Stowell. Program ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan iaitu memberi keceriaan kepada sekolah dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru dan PIBG. Harapan pihak sekolah agar program gotong-royong akan datang akan disertai oleh semua ahli PIBG SK Stowell.


Thursday, November 10, 2011

Hari Graduasi Prasekolah 2011



Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, En. Rosli bin Hashim

Ucapan oleh Wakil Murid Prasekolah

Persembahan

Bersama Tokoh Murid Prasekolah 2011, ibu bapa, Guru Besar dan Guru Prasekolah



Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 4 November 2011 bertempat di Bilik PPSMI.Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.Teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih membanggakan.Terima kasih kepada semua guru, pibg, ibubapa dan murid-murid yang sama-sama menjayakan majlis ini.

Wednesday, November 9, 2011

Hari Kanak-kanak 2011



Alhamdulillah, Pada 8 November 2011, SK Stowell berjaya mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah di Dewan Terbuka. Ada beberapa acara dijalankan sempena sambutan ini.

1. Ucapan Perasmian sambutan oleh En. Rosli bin Hashim, Guru Besar Sk Stowell.

2. Persembahan Murid..


3. Penyampaian Hadiah


4. Jamuan Ringan..


Setiap tahun acara sambutan ini dijalankan di mana-mana sahaja. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Apa sebenarnya sambutan hari kanak-kanak ni??

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

sumber: http://www.jkm.gov.my