Alhamdulillah.... Pada 20hb Mac 2012, SK Stowell telah berjaya menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kelompok R17 dan R19 PPDSPT. Terdapat 3 acara dipertandingkan untuk 5 lokasi yang berasingan iaitu Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Tilawah kategori lelaki dan perempuan serta Pertandingan Bercerita kategori lelaki dan perempuan. Pihak sekolah amat berbesar-hati kerana terpilih menjadi tuan rumah pada kali ini. Semoga majlis ini mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tuesday, March 20, 2012
MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) KELOMPOK R17 & R19 PPDSPT 2012
Alhamdulillah.... Pada 20hb Mac 2012, SK Stowell telah berjaya menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kelompok R17 dan R19 PPDSPT. Terdapat 3 acara dipertandingkan untuk 5 lokasi yang berasingan iaitu Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Tilawah kategori lelaki dan perempuan serta Pertandingan Bercerita kategori lelaki dan perempuan. Pihak sekolah amat berbesar-hati kerana terpilih menjadi tuan rumah pada kali ini. Semoga majlis ini mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Friday, March 2, 2012
MERENTAS DESA 2012
Pembukaan tirai bagi sukan dan permainan sekolah untuk tahun 2012 telah dimulakan dengan aktiviti merentas desa tahunan yang mana berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan baik pada 3 Mac 2012 yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan aktiviti merentas desa ini. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah ditujukan kepada semua wira-wira SK Stowell yang telah mendapat tempat dalam merentas desa pada kali ini. Bagi rumah sukan yang berjaya mengumpul pungutan mata tertinggi adalah rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Berikut adalah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap rumah sukan :
| RUMAH SUKAN | MATA |
| HIJAU | 130 |
| KUNING | 106 |
| BIRU | 99 |
| MERAH | 55 |
Monday, February 13, 2012
PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PUSAT KOKURIKULUM 2012
Pegawai Pusat Kokurikulum dan Guru Besar memberi Ceramah Motivasi dan disusuli dengan persediaan teknik-teknik untuk mendaki Bukit Mertajam.
En. Abu Seman yang banyak pengalaman mengenai pendakian bukit memberi sedikit penerangan tentang Bukit Mertajam ini.Masa : 8.00pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Hutan Lipur Cerok Tok Kun Bukit Mertajam
Peserta : Semua Murid Tahun 6
ATURCARA PROGRAM
07.30 pagi - Bertolak dari sekolah
08.00 pagi - Taklimat Guru Besar
08.30 pagi - Taklimat Pegawai Ko-kurikulum
09.00 pagi - Mendaki Bukit Mertajam
11.15 pagi - Rehat
12.00 tgh hari - Bertolak pulang
OBJEKTIF
1. Membangun minda pelajar dan potensi untuk mencipta kecemerlangan
2. Meningkatkan semangat jati diri..
3. Menmupuk semangat setiakawan dan komunikasi berkesan.
RASIONAL
Kesedaran awal tentang peperiksaan adalah penting supaya murid tidak leka dalam meniti hari-hari peperiksaan nanti. Hal ini memerlukan pemerhatian dan tindakan serius di samping melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan ke arah melahirkan pelajar berkualiti, mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang mantap. Sehubungan itu, dirasakan bahawa program-program pengukuhan kepada sistem pendidikan amat diperlukan bagi menangani cabaran ini. Atas kesedaran inilah maka sekolah melaksanakan program Motivasi Bersama Pusat Kokurikulum bagi melengkapkan diri sebagai pelajar yang berkualiti, seperti mempunyai jati diri, ceria, berketerampilan, dapat melaksanakan tugas terhadap agama, bangsa dan negara.
KESIMPULAN
Program ini telah berjaya membangkitkan semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Murid telah dibekalkan dengan ilmu peningkatan kendiri disamping memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang murid. Secara keseluruhan program ini sedikit sebanyak mampu meniup semangat dalam menghadapi peperiksaan disamping membentuk kekuatan fizikal dan mental.
Sunday, February 12, 2012
Sambutan Maulidur Rasul 1433H 2012M
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Friday, February 10, 2012
Kursus Pengurusan Kepimpinan 2012
Objektif.
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:
(1) Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas / pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
(3) Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
(4) Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan..
(5) meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
(6) Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
(7) Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah
(8) Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
Gotong-royong Perdana 2012
Gotong Royong Sekolah telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar sekolah. Aktiviti gotong royong ini melibatkan murid, guru, PIBG dan ibu bapa. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga sekolah dengan ibu bapa seterusnya akan memberikan banyak manfaat kepada murid di sekolah ini. Berikut adalah Tentatif Program Gotong-royong 2012:
Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.05 ptg
7.45 pagi : Perhimpunan Pagi.
* Semua guru dan murid
* Taklimat ringkas dari En. Zahiri
8.00 pagi : Bersurai ke tempat mengikut tugas masing-masing.
* Tahap 1 - Astaka (Pertandingan Mewarna)
* Tahap 2 - Membantu En. Wan Chik & En. Rosman
10.15 pagi : Rehat
11.00 pagi : Gotong-royong di dalam kelas masing-masing.
1.05 ptg : Bersurai.
Thursday, December 29, 2011
MAJLIS TRANSISI SESI PERSEKOLAHAN 2012
Hari Suai Kenal dan Pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah telah diadakan pada 30 Disember 2011 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid baru menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan di SK Stowell. Seramai 78 orang murid tahun 1 dan 25 orang murid Prasekolah berdaftar hadir bersama waris masing-masing membuatkan suasana sekolah menjadi meriah. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua yang terlibat.
