Monday, June 25, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012



Assalamualaikum……..
Majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu program anjuran sekolah yang bertujuan untuk meraikan kejayaan murid-murid di dalam pelajaran bagi sesi 2012. Murid-murid yang menerima hadiah ini adalah terdiri daripada muridTahun 1 hingga 6.

Kejayaan murid-murid ini telah dinilai melalui pencapaian mereka di dalam peperiksaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1(PKSR 1) yang telah diadakan pada bulan Mei 2012  yang  lalu.
Murid-murid yang telah Berjaya mencapai tahap yang cemerlang samada di dalam kelas mahupun di dalam aliran akan diberi penghargaan berupa hadiah sebagai dorongan untuk meneruskan usaha dan juga menjadi contoh bagi murid-murid lain.

Semoga dengan usaha semua guru dan ibubapa di dalam mendidik anak-anak bangsa kita ini akan membuahkan kejayaan yang dapat member manfaat dan berguna pada masa akan datang.

Majlis ini telah berlangsung di dewan terbuka sekolah dan dirasmikan oleh EN. PAUZI BIN HJ OMAR ,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.


HARI: SABTU
TARIKH : 23 JUN 2012
MASA : 8:30 PAGI
DIRASMIKAN OLEH :  En Pauzi bin Hj Omar

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi               -               Ibu bapa dan para jemputan mengambil  
                                                tempat

8.30 pagi               -               Ketibaan En Pauzi b Hj Omar
 ( Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)
Sambutan
-       Kompang
-       Perbarisan
-       Tae Kwan Do                                              
-       Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Pulau Pinang
-       Ucapan Aluan Pengacara Majlis
-       Bacaan Doa
9.00 pagi               -               Ucapan Guru Besar
                                                En Rosli bin Hashim
                                -               Ucapan YDP PIBG
En Izman Harris bin Abdul Halim
                                -               Ucapan Perasmian Oleh 
                                                En Pauzi bin Hj Omar
                                -               Persembahan Nasyid dan Persembahan
                                                Pra Sekolah
                                -               Penyampaian Hadiah dan Sijil
                                                Kecemerlangan Pelajar Tahap 1
                                -             Persembahan Boria, Pidato dan
                                                Persembahan Tahap 1
                                -             Penyampaian Hadiah dan Sijil
                                              Kecemerlangan Pelajar Tahap 2                      
                                -               Koir, Bercerita dan Choral Speaking
                                -               Anugerah khas
-       Anugerah Tokoh Pelajar 2012
-       Penyampaian Kecemerlangan UPSR 2011 (20 orang)
12.00 tgh hari       -               Penyampaian Cenderahati kepada
                                                 En Pauzi bin Hj Omar

Pendaftaran Tetamu

Ketibaan En Pauzi bin Hj Omar(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang)

Pemeriksaan Perbarisan Pasukan Kawad Kaki Sekolah
Tetamu Jemputan mengambil tempat

Bacaan Doa oleh Ustaz Mahmud Shakir

Ucapan Guru Besar, En. Rosli bin Hashim

Ucapan YDP PIBG SK Stowell, En. Izman Harris
Ucapan Perasmian oleh En Pauzi bin Hj Omar



Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

16 Mei 2012 -Sambutan Hari Guru pada hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak-anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara dan modal insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Warga Sekolah Kebangsaan Stowell tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu-lagu, bacaan perutusan khas sempena hari guru, ucapan ketua murid, ucapan wakil guru, ucapan Guru Besar, sukaneka dan lain-lain. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi hadiah kepada guru-guru SK Stowell. Penghargaan yang diterima ini amat menyentuh hati dan hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.

 Murid-murid berkumpul di Dewan Terbuka SK Stowell

Ucapan Pengerusi majlis, En. Mohamad bin Omar.

 Bacaan Doa oleh Ust. Mahmud Shakir

 Ucapan Guru Besar SK Stowell.


 Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru 2012 oleh semua guru.

 Ikrar guru diketuai oleh Guru Besar SK Stowell.

Persembahan Choral Speaking oleh murid SK Stowell.


 Sukaneka - Futsal guru lelaki dimenangi oleh pasukan merah.

 Sukaneka - Acara "Ala Kassim" bagi guru wanita.

Sukaneka - Bowling dengan menggunakan buah kelapa.

Tuesday, April 17, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah berjaya dilaksanakan pada 24 Mac 2012 yang dirasmikan oleh En. Nor Hashim bin Mahat, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pegurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Terdapat sedikit perubahan dalam Jawatankuasa PIBG untuk tahun 2012 bagi memantapkan lagi persatuan ini.


En. Nor Hashim bin Mahat, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pegurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, diiring oleh En. Rosli bin Hashim, Guru Besar SK Stowell dan En. Izman Harris, YDP PIBG sedang memeriksa perbarisan Pasukan Kawad Kaki sekolah yang telah berjaya menjadi johan peringkat daerah SPT baru-baru ini.

Bunga manggar mengiringi masuk tetamu terhormat ke dewan terbuka SK Stowell tempat berlangsungnya mesyuarat.

En. Kamal sebagai pengerusi majlis.

En. Rosli bin Hashim, Guru Besar SK Stowell buat pertama kali dalam mesyuarat PIBG selepas menggantikan En. Illyas bin Ismail yang bersara wajib pada 18 Mei 2011.

En. Nor Hashim bin Mahat sedang memberi ucapan perasmian.



Tuesday, March 20, 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQSS) KELOMPOK R17 & R19 PPDSPT 2012

Pendaftaran para peserta yang mengambil bahagian bersama guru pengiring.

Antara hakim yang sedang menerima taklimat pemarkahan.

Persembahan bercerita.

Tilawah kategori lelaki.

Tilawah kategori perempuan.

Hafazan kategori lelaki.

Hafazan kategori perempuan.

Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim diiringi En. Termizi , Pegawai PPDSPT menyampaikan sijil kepada peserta.


Alhamdulillah.... Pada 20hb Mac 2012, SK Stowell telah berjaya menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kelompok R17 dan R19 PPDSPT. Terdapat 3 acara dipertandingkan untuk 5 lokasi yang berasingan iaitu Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Tilawah kategori lelaki dan perempuan serta Pertandingan Bercerita kategori lelaki dan perempuan. Pihak sekolah amat berbesar-hati kerana terpilih menjadi tuan rumah pada kali ini. Semoga majlis ini mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Friday, March 2, 2012

MERENTAS DESA 2012

Peserta Larian Merentas Desa sedia untuk dilepaskan.

Peserta merentas desa melalui Kampong Bukit Kechil.

Kawalan lalulintas dibantu oleh Polis Trafik.

Peserta menamatkan larian di SK Stowell.

Para pemenang Larian Merentas Desa 2012 menerima hadiah berbentuk medal dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

Pembukaan tirai bagi sukan dan permainan sekolah untuk tahun 2012 telah dimulakan dengan aktiviti merentas desa tahunan yang mana berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan baik pada 3 Mac 2012 yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan aktiviti merentas desa ini. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah ditujukan kepada semua wira-wira SK Stowell yang telah mendapat tempat dalam merentas desa pada kali ini. Bagi rumah sukan yang berjaya mengumpul pungutan mata tertinggi adalah rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Berikut adalah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap rumah sukan :

RUMAH SUKAN

MATA

HIJAU

130

KUNING

106

BIRU

99

MERAH

55



Monday, February 13, 2012

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PUSAT KOKURIKULUM 2012

Pegawai Pusat Kokurikulum dan Guru Besar memberi Ceramah Motivasi dan disusuli dengan persediaan teknik-teknik untuk mendaki Bukit Mertajam.

Semua peserta program termasuk guru mengorak langkah mendaki
Bukit Mertajam.



En. Abu Seman yang banyak pengalaman mengenai pendakian bukit memberi sedikit penerangan tentang Bukit Mertajam ini.


Tarikh : 14 Januari 2012 ( SABTU)
Masa : 8.00pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Hutan Lipur Cerok Tok Kun Bukit Mertajam
Peserta : Semua Murid Tahun 6

ATURCARA PROGRAM

07.30 pagi - Bertolak dari sekolah

08.00 pagi - Taklimat Guru Besar

08.30 pagi - Taklimat Pegawai Ko-kurikulum

09.00 pagi - Mendaki Bukit Mertajam

11.15 pagi - Rehat

12.00 tgh hari - Bertolak pulang



OBJEKTIF

1. Membangun minda pelajar dan potensi untuk mencipta kecemerlangan
2. Meningkatkan semangat jati diri..
3. Menmupuk semangat setiakawan dan komunikasi berkesan.

RASIONAL

Kesedaran awal tentang peperiksaan adalah penting supaya murid tidak leka dalam meniti hari-hari peperiksaan nanti. Hal ini memerlukan pemerhatian dan tindakan serius di samping melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan ke arah melahirkan pelajar berkualiti, mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang mantap. Sehubungan itu, dirasakan bahawa program-program pengukuhan kepada sistem pendidikan amat diperlukan bagi menangani cabaran ini. Atas kesedaran inilah maka sekolah melaksanakan program Motivasi Bersama Pusat Kokurikulum bagi melengkapkan diri sebagai pelajar yang berkualiti, seperti mempunyai jati diri, ceria, berketerampilan, dapat melaksanakan tugas terhadap agama, bangsa dan negara.

KESIMPULAN

Program ini telah berjaya membangkitkan semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Murid telah dibekalkan dengan ilmu peningkatan kendiri disamping memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang murid. Secara keseluruhan program ini sedikit sebanyak mampu meniup semangat dalam menghadapi peperiksaan disamping membentuk kekuatan fizikal dan mental.




Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H 2012M

Sambutan Maulidur Rasul 1433H bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" telah berjaya diadakan pada 10 Februari 2012 di SK Stowell dengan meriah. Antara program yang diadakan ialah Bacaan Yassin, Perarakan dari sekolah melalui Taman Bukit dan Kg. Bukit Kechil serta Ceramah.

Bacaan Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Mahmud Shakir

Perarakan Maulidur Rasul bermula dari sekolah melalui Taman Bukit dan Kg. Bukit Kechil

Perarakan berakhir di Kampong Bukit Kechil.




Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul