
Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan Program Mari Ganyang Aedes bertempat di Dewan SK Stowell pada 17 Februari 2011. Melalui program ini murid-murid didedahkan langkah-langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan bahayanya penyakit Demam Denggi. Persekitaran yang bersih merupakan faktor penting bagi memastikan nyamuk aedes tiada tempat untuk membiak. Selain itu, murid-murid disajikan dengan Pameran Kesihatan tentang Aedes dan lain-lain lagi. Harapan pihak sekolah agar pengetahuan ini dapat digunakan bagi tujuan memastikan persekitaran sekolah, rumah atau di mana sahaja sentiasa bersih dan bebas aedes.
