Tuesday, July 3, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan Ke-53 2012

Temasya Sukan Sekolah telah diadakan pada 30 Jun 2012 yang lalu dan dirasmikan oleh En. Izman Harris bin Abdul Halim. Seperti tahun yang sudah peserta dari 4 buah rumah sukan akan beraksi iaitu rumah KUNING, BIRU, MERAH dan HIJAU. Sepanjang minggu ini guru-guru dan peserta bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan acara ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Sukantara telah dijalankan di sekolah selama 4 hari iaitu pada 26-29 Jun 2012. Antara acara yang telah dijalankan ialah lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar peluru dan 80M lari berpagar. Acara sukaneka yang dipertandingkan pula ialah kuda terbang, ekspres rakyat, kereta sorong dan tarik tali.

Guru-guru rumah sukan juga tidak kurang sibuknya, melatih dan membuat hiasan rumah sukan masing-masing. Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Rumah Tercantik pada temasya kali ini. Rumah Biru pula diisytiharkan sebagai juara keseluruhan.

Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi ucapan jutaan terima kasih buat semua yang telah bertungkus-lumus dan bersatu mengembeling tenaga bagi melancarkan temasya sukan kali ini.


ATUCARA MAJLIS

07.45 pg   :   Semua murid berkumpul di
                      Padang SK Stowell

08.00 pg  :    Kontigen perbarisan    
                      bersedia di balapan /
                      Kehadiran para jemputan

08.10 pg  :    Ketibaan En. Izman Harris bin Abdul Halim,
                     Yang DiPertua  Persatuan Ibu Bapa dan Guru
                     SK Stowell

08.30 pg  :   Perbarisan lintas hormat
                 :   Menaikkan bendera kejohanan
                 :   Pembacaan ikrar
                 :   Ucapan Aluan Guru Besar
                 :   Ucapan Perasmian
                     Oleh En. Izman Harris bin Abdul Halim
                 :   Perbarisan berarak keluar
                 :   Persembahan Pasukan Kawad Formasi TKRS
                 :   Persembahan senamrobik
                 :   Penyampaian cenderahati
                 :  Acara sukan dimulakan

11.00 pg :    Penyampaian hadiah 
                     dan Acara Penutup
                     Kejohanan Sukan Tahunan
                     Kali Ke-53

12.00 t/h :  Bersurai

Perbarisan Lintas Hormat

Pembacaan Ikrar

Ucapan Guru Besar, En. Rosli bin Hashim

Ucapan Perasmian oleh En. Izman Harris bin Abdul Halim, YDP PIBG

Pertunjukan Kawad Formasi TKRS

Senamrobik

Acara Sukaneka

Acara Balapan

Acara Balapan Jemputan Sekolah

Olahragawan Harapan

Olahragawan 2012


Johan Keseluruhan - Rumah Biru

Rumah Tercantik - Rumah Hijau

Acara Ibu Bapa - Tarik tali

Juara Acara Ibu Bapa - Tarik tali


GAMBAR ACARA SUKANTARA




 GAMBAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-53 2012