Unit Kokurikulum SK Stowell hari ini menganjurkan satu program perkhemahan untuk
unit-unit beruniform seperti Unit Pengakap, KRS dan PBSM. Seramai 150 orang murid daripada tahun 5 dan 6 yang
mengikuti program perkhemahan ini.
Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Stowell.
Program ini akan dilaksanakan pada 28-29 September 2012 di
sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah,
namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun
begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah
dengan jayanya.
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama: Jumaat, 28 September 2012