Hari Kanak - kanak |
Latar Belakang
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di
Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8
Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik
sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan
kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis
Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk
menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun
1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini
telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Objektif Sambutan
Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober
Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia
di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza

dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman
Sambutan Hari Kanak-kanak 2012 SK Stowell
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah berjaya dianjurkan pada 5 November 2012 dengan meriah. Pelbagai aktiviti dan persembahan murid yang amat menghiburkan bejaya menceriakan lagi sambutan pada kali ini. Program di akhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan.