SEKOLAH Kebangsaan Stowell telah melancarkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan
yang terkorban ketika mempertahan kedaulatan negara dalam insiden
pencerobohan berdarah di Sabah baru-baru ini.Segala kutipan tersebut
diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah PPDT, En. Zupri bin Ismail dalam satu majlis khas penyerahan wang tabung itu di
sekolah pada 22 April 2013. Sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga
anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia
sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak
mereka. Kutipan ini mengambil masa selama empat hari untuk mengutip wang sumbangan
itu yang digerakkan oleh pengawas sekolah ke setiap kelas dan ketika
waktu rehat.
Sambutan pelajar terhadap usaha itu amat menggalakkan
dan ini terbukti apabila dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya
mengumpul jumlah kutipan yang agak besar. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat
menjayakan usaha kutipan sumbangan ke dalam tabung ini malah ada dalam
kalangan mereka menghebahkan juga usaha ini kepada masyarakat luar.