Wednesday, February 23, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS



Pada 18 Februari 2011, pihak sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang disertai oleh 91 orang murid yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini dikendalikan oleh Cikgu Norfaezah bt Gapar (S/Usaha Sekolah), Cikgu Rada Krishnan (Guru Disiplin) dan Cikgu Abu Seman. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Tuesday, February 22, 2011

PROGRAM MARI GANYANG AEDES




Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan Program Mari Ganyang Aedes bertempat di Dewan SK Stowell pada 17 Februari 2011. Melalui program ini murid-murid didedahkan langkah-langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan bahayanya penyakit Demam Denggi. Persekitaran yang bersih merupakan faktor penting bagi memastikan nyamuk aedes tiada tempat untuk membiak. Selain itu, murid-murid disajikan dengan Pameran Kesihatan tentang Aedes dan lain-lain lagi. Harapan pihak sekolah agar pengetahuan ini dapat digunakan bagi tujuan memastikan persekitaran sekolah, rumah atau di mana sahaja sentiasa bersih dan bebas aedes.

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijayakan buat julung kalinya pada 16 Februari 2011 bertujuan memupuk semangat setikawan dan saling bantu-membantu di kalangan rakan-rakan sebaya. Program ini disertai oleh semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program seperti ini akan diadakan sekali pada setiap bulan. PRS dinaungi oleh Cikgu Norfaezah binti Abd Gapar.



Sunday, December 5, 2010

KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2011

Sesi persekolahan 2011 adalah mulai 03.01.2011. Diharap tuan/puan dapat membuat persediaan secukupnya menjelang sesi persekolahan. Di sini ada beberapa maklumat untuk panduan tuan/puan.

Tarikh dan Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah :


Mulai hari Isnin 13.12.2010, dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, kecuali pada hari Ahad dan cuti umum. Sila Rujuk senarai keperluan alatan dan bayaran persekolahan 2011 yang telah diedarkan kepada anak/penjaga tempoh hari.

Hari Pendaftaran Dan Suaikenal Murid Prasekolah Dan Tahun 1/2011 :

Pada hari Ahad 02.01.2011, mulai 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Semua murid Prasekolah dan Tahun 1/2011 dimestikan hadir. Murid tahun 1 /2011 dikehendaki memakai uniform sekolah. Taklimat khas kepada ibu bapa/penjaga murid Prasekolah dan Tahun 1 akan diberikan oleh Guru Besar pada pukul 8.30 pagi di dewan kantin sekolah.


Kutipan Bayaran-bayaran Lain Persekolahan Tahun 2011 :

Semua ibubapa/ penjaga murid tahun 1 hingga 6 /2011 diminta hadir untuk membuat pembayaran bagi bayaran-bayaran lain persekolahan pada hari Ahad, 02.01.2011 mulai pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi kepada Guru Kelas 2011. Perkara ini dibuat agar waktu pembelajaran tidak terjejas apabila sekolah dibuka pada 03.01.2011.


Download Senarai Buku Rampaian Dan Keperluan Persekolahan 2011


Wednesday, November 10, 2010

UPSR 2010




Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada hari ini 11 November 2010 amat membanggakan dan mencapai sasaran yang diletakkan oleh pihak sekolah iaitu seramai 22 orang murid mendapat keputusan cemerlang 5A. Pihak sekolah dan guru-guru mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan ini. Secara keseluruhannya peratus kelulusan menurun sedikit berbanding dengan pencapaian tahun lepas tetapi kualiti keseluruhan subjek meningkat.

Tuesday, November 9, 2010

LAWATAN KE KEDAH DAN PERLIS



Pada 2 November 2010, SK Stowell telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke negeri Kedah dan Perlis. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Perjalanan bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di Alor Setar pada pukul 9.30 pagi. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Muzium Padi, Alor Setar, Kangar, Arau dan lain-lain.
Dalam perjalanan ke Perlis, kami menempuh satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu hari pertama berlakunya banjir di Perlis. Apa yang kami perhatikan kawasan hospital Kangar turut dilanda banjir dan ambulan pun tidak dapat bergerak. Pergerakan lalulintas pun turut terhenti dan penduduk sibuk menyelamatkan barang berharga di rumah masing-masing. Semua ini akan kami kongsi bersama gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.


KEDAH



Monday, October 4, 2010

KEM ASTRONOMI 2010


Kem Astronomi 2010 telah berlangsung pada 1 hingga 2 Oktober 2010 anjuran Panitia Sains SK Stowell. Program ini disertai oleh 100 orang murid tahap 2 dan dengan kerjasama Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera USM.