Smart Teachers Camp telah diadakan dengan jayanya pada 5-6 Mac 2011 di Pendang Lake Resort. Program ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Pengurusan Tekanan yang dikendalikan oleh En. Aziz bin Jaafar dan Memperkasakan Jati Diri oleh En. Jamaluddin bin Hashim. Pada malamnya, Program Ice Breaking pula dikendalikan oleh Pn. Norfaezah bt Abd Gapar.Monday, March 14, 2011
SMART TEACHERS CAMP 2011
Smart Teachers Camp telah diadakan dengan jayanya pada 5-6 Mac 2011 di Pendang Lake Resort. Program ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Pengurusan Tekanan yang dikendalikan oleh En. Aziz bin Jaafar dan Memperkasakan Jati Diri oleh En. Jamaluddin bin Hashim. Pada malamnya, Program Ice Breaking pula dikendalikan oleh Pn. Norfaezah bt Abd Gapar.Wednesday, March 2, 2011
AHLI JAWATANKUASA PIBG SK STOWELL SESI 2011/2012
YANG DIPERTUA
EN. IZMAN HARRIS BIN ABDUL HALIM
NAIB YANG DIPERTUA
EN. SUKUMAR A/L SUBRAMANIAM
SETIAUSAHA
PUAN NORFAEZAH BINTI ABDUL GAPAR
PENOLONG SETIAUSAHA
PN. PUNITHA A/P KARAPAN
BENDAHARI
EN. RAMACHANDRAN A/L MURUGAYAH
AHLI JAWATANKUASA (WARIS)
EN. ABDUL RAHMAN BIN OMAR
EN. AHMAD RUSDI BIN HAJI HUSSAIN
PN. GANGGA DEVI VANATHAN
EN. AMEERALY BIN MUHAMAD SULTAN
PN. NOOR HASLINDA BINTI ZAINUDIN
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
EN. AHMAD SHAKIR BIN ABDULLAH
EN. KHOR SU HAK
PN. SITI DIYANA BINTI ABDUL AZIZ
PN. HAMIDAH BINTI ZAINON
Wednesday, February 23, 2011
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33
TARIKH : 26 FEBRUARI 2011 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN SK STOWELL
MASA : 2.30 PETANG
Semua ibu bapa/waris dan guru dijemput hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33. Kerjasama serta tanggungjawab pihak tuan/puan hadir ke mesyuarat ini amat dihargai.
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Pada 18 Februari 2011, pihak sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang disertai oleh 91 orang murid yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini dikendalikan oleh Cikgu Norfaezah bt Gapar (S/Usaha Sekolah), Cikgu Rada Krishnan (Guru Disiplin) dan Cikgu Abu Seman. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tuesday, February 22, 2011
PROGRAM MARI GANYANG AEDES

Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan Program Mari Ganyang Aedes bertempat di Dewan SK Stowell pada 17 Februari 2011. Melalui program ini murid-murid didedahkan langkah-langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan bahayanya penyakit Demam Denggi. Persekitaran yang bersih merupakan faktor penting bagi memastikan nyamuk aedes tiada tempat untuk membiak. Selain itu, murid-murid disajikan dengan Pameran Kesihatan tentang Aedes dan lain-lain lagi. Harapan pihak sekolah agar pengetahuan ini dapat digunakan bagi tujuan memastikan persekitaran sekolah, rumah atau di mana sahaja sentiasa bersih dan bebas aedes.
PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijayakan buat julung kalinya pada 16 Februari 2011 bertujuan memupuk semangat setikawan dan saling bantu-membantu di kalangan rakan-rakan sebaya. Program ini disertai oleh semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program seperti ini akan diadakan sekali pada setiap bulan. PRS dinaungi oleh Cikgu Norfaezah binti Abd Gapar.Sunday, December 5, 2010
KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2011
Sesi persekolahan 2011 adalah mulai 03.01.2011. Diharap tuan/puan dapat membuat persediaan secukupnya menjelang sesi persekolahan. Di sini ada beberapa maklumat untuk panduan tuan/puan.
Tarikh dan Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah :
Mulai hari Isnin 13.12.2010, dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, kecuali pada hari Ahad dan cuti umum. Sila Rujuk senarai keperluan alatan dan bayaran persekolahan 2011 yang telah diedarkan kepada anak/penjaga tempoh hari.
Hari Pendaftaran Dan Suaikenal Murid Prasekolah Dan Tahun 1/2011 :
Pada hari Ahad 02.01.2011, mulai 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Semua murid Prasekolah dan Tahun 1/2011 dimestikan hadir. Murid tahun 1 /2011 dikehendaki memakai uniform sekolah. Taklimat khas kepada ibu bapa/penjaga murid Prasekolah dan Tahun 1 akan diberikan oleh Guru Besar pada pukul 8.30 pagi di dewan kantin sekolah.
Kutipan Bayaran-bayaran Lain Persekolahan Tahun 2011 :
Semua ibubapa/ penjaga murid tahun 1 hingga 6 /2011 diminta hadir untuk membuat pembayaran bagi bayaran-bayaran lain persekolahan pada hari Ahad, 02.01.2011 mulai pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi kepada Guru Kelas 2011. Perkara ini dibuat agar waktu pembelajaran tidak terjejas apabila sekolah dibuka pada 03.01.2011.
Download Senarai Buku Rampaian Dan Keperluan Persekolahan 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)