Kejohanan Kriket MSSM 2011 yang telah berlangsung pada 14-19 Mac 2011 dikelolai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi kategori umur bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun. SK Stowell yang sebelum ini telah berjaya menjadi naib johan dalam kejohanan kriket peringkat negeri Pulau Pinang pun turut serta dalam kejohanan ini. Seramai 6 orang murid terdiri daripada Muhamad Firas, Dheevash Roshan, M. Danish Aiman, M. Akmal Haris, M Ammar Luqman dan Vishvaruben telah terpilih mewakili negeri Pulau Pinang berserta Cikgu Rosman sebagai jurulatih. Kontijen Pulau Pinang telah berjaya menjadi Johan Kategori Plate mengalahkan Pasukan negeri Kelantan dengan 5 wicket. Syabas diucapkan kepada pasukan Pulau Pinang terutamanya pemain dari SK Stowell.Tuesday, March 29, 2011
KEJOHANAN KRIKET MSSM 2011
Kejohanan Kriket MSSM 2011 yang telah berlangsung pada 14-19 Mac 2011 dikelolai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi kategori umur bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun. SK Stowell yang sebelum ini telah berjaya menjadi naib johan dalam kejohanan kriket peringkat negeri Pulau Pinang pun turut serta dalam kejohanan ini. Seramai 6 orang murid terdiri daripada Muhamad Firas, Dheevash Roshan, M. Danish Aiman, M. Akmal Haris, M Ammar Luqman dan Vishvaruben telah terpilih mewakili negeri Pulau Pinang berserta Cikgu Rosman sebagai jurulatih. Kontijen Pulau Pinang telah berjaya menjadi Johan Kategori Plate mengalahkan Pasukan negeri Kelantan dengan 5 wicket. Syabas diucapkan kepada pasukan Pulau Pinang terutamanya pemain dari SK Stowell.Monday, March 14, 2011
SMART TEACHERS CAMP 2011
Smart Teachers Camp telah diadakan dengan jayanya pada 5-6 Mac 2011 di Pendang Lake Resort. Program ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Pengurusan Tekanan yang dikendalikan oleh En. Aziz bin Jaafar dan Memperkasakan Jati Diri oleh En. Jamaluddin bin Hashim. Pada malamnya, Program Ice Breaking pula dikendalikan oleh Pn. Norfaezah bt Abd Gapar.Wednesday, March 2, 2011
AHLI JAWATANKUASA PIBG SK STOWELL SESI 2011/2012
YANG DIPERTUA
EN. IZMAN HARRIS BIN ABDUL HALIM
NAIB YANG DIPERTUA
EN. SUKUMAR A/L SUBRAMANIAM
SETIAUSAHA
PUAN NORFAEZAH BINTI ABDUL GAPAR
PENOLONG SETIAUSAHA
PN. PUNITHA A/P KARAPAN
BENDAHARI
EN. RAMACHANDRAN A/L MURUGAYAH
AHLI JAWATANKUASA (WARIS)
EN. ABDUL RAHMAN BIN OMAR
EN. AHMAD RUSDI BIN HAJI HUSSAIN
PN. GANGGA DEVI VANATHAN
EN. AMEERALY BIN MUHAMAD SULTAN
PN. NOOR HASLINDA BINTI ZAINUDIN
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
EN. AHMAD SHAKIR BIN ABDULLAH
EN. KHOR SU HAK
PN. SITI DIYANA BINTI ABDUL AZIZ
PN. HAMIDAH BINTI ZAINON
Wednesday, February 23, 2011
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33
TARIKH : 26 FEBRUARI 2011 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN SK STOWELL
MASA : 2.30 PETANG
Semua ibu bapa/waris dan guru dijemput hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33. Kerjasama serta tanggungjawab pihak tuan/puan hadir ke mesyuarat ini amat dihargai.
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Pada 18 Februari 2011, pihak sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang disertai oleh 91 orang murid yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini dikendalikan oleh Cikgu Norfaezah bt Gapar (S/Usaha Sekolah), Cikgu Rada Krishnan (Guru Disiplin) dan Cikgu Abu Seman. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tuesday, February 22, 2011
PROGRAM MARI GANYANG AEDES

Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan Program Mari Ganyang Aedes bertempat di Dewan SK Stowell pada 17 Februari 2011. Melalui program ini murid-murid didedahkan langkah-langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan bahayanya penyakit Demam Denggi. Persekitaran yang bersih merupakan faktor penting bagi memastikan nyamuk aedes tiada tempat untuk membiak. Selain itu, murid-murid disajikan dengan Pameran Kesihatan tentang Aedes dan lain-lain lagi. Harapan pihak sekolah agar pengetahuan ini dapat digunakan bagi tujuan memastikan persekitaran sekolah, rumah atau di mana sahaja sentiasa bersih dan bebas aedes.
PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijayakan buat julung kalinya pada 16 Februari 2011 bertujuan memupuk semangat setikawan dan saling bantu-membantu di kalangan rakan-rakan sebaya. Program ini disertai oleh semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program seperti ini akan diadakan sekali pada setiap bulan. PRS dinaungi oleh Cikgu Norfaezah binti Abd Gapar.
Subscribe to:
Posts (Atom)



