Tuesday, May 17, 2011

Jasamu Basah Dalam Kenangan



Jasamu Basah Dalam Kenangan

Sempena persaraan En Illyas bin Ismail, Guru Besar SK Stowell


Memanjat usia ke-58mu

Persis kenanganpun bertamu

Kami seperti hilang arah

Walau payah

Walau resah

Lewat desir sepoi-sepoi Mei menjemputmu

Engkau yang pernah merencanakan

Sebuah pertemuan separuh abad lalu

Kini akur dengan hukum karma

Engkau pasrah sebagai guru cemerlang


Dipersada maya ini

Pernah terpatri

Engkau

Cikgu yang pernah

Mengendong berbagai kejayaan

Tidak pernah tidak

Sunyi dari kegagalan

Namun ketabahan dan kecekalanmu

Menawar semua kepayahan

Menitip sebuah kejernihan

Engkau disanjung sebagai guru gemilang


Engkau

Mengenang jasamu

Umpama mendongak mencerap kejora

Bertaburan berkelipan semaya pada

Hingga terlupa pepasiran di gigitan pantai

Merona kalam keramat

Engkaulah satu-satunya guru terbilang


Engkau

Apa harus kulafazkan

Tentang kecemerlangan

Sudah apa padamu

Apa harus kulafazkan

Tentang kegemilangan

Sudah ada padamu

Apa harus kulafazkan

Apa harusku lafazkan lagi

Semuanya sudah ada padamu


Dan aku hampir terlupa

Dalam sepertiga perjalanan usiamu

Engkau akan pergi juga akhirnya

Dari pentas pencak silat ilmu pendidikan

Meninggalkan jejak-jejak harapan

Buat kami patrikan sebuah elegi

Jasamu tetap dikenang

Budimu sohor basah dalam kenangan


Dan

Bersama terjahan bilah-bilah mentari

Membakar hangat membara

Dan di malam bulan yang menjanjikan sinar

Bermunajat di pertiga malam

Dan bersama kepayahan butir-butir bicara

Berelegi sendu di puncak cemara

Kami anyam rantaian tinta

Mengenang jasa

mengenang segalanya

Terpancul doa kudus kami panjatkan

Moga Tuhanmu dan Tuhanku

Merestui pertemuan dan perpisahan ini.

Dan apa harus kulafazkan lagi

Buat seorang guru

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Jasamu Basah Bersama Kenangan


Ingatan Abadi

Zupri Ismail

18 Mei 2011

Thursday, April 21, 2011

KEJOHANAN BOLA BALING MSSPP ZON BUKIT MERTAJAM 2011


Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Bukit Mertajam 2011 untuk 12 tahun ke bawah dikelolai oleh SK Stowell sebagai tuan rumah pada kali ini. Sebanyak 15 buah sekolah menghantar wakil untuk kategori lelaki dan 12 buah sekolah untuk kategori perempuan. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 hingga 13 April 2011. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Hasan bin Mohamed, Penolong PPD Tengah Pengurusan Sekolah merangkap Pengerusi MSSPP Zon BM kerana sudi merasmikan kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada En. Zupri bin Ismail, Pegawai Perhubungan PPD Tengah merangkap Setiausaha MSSPP Zon Bukit Mertajam kerana sudi bersama-sama dalam menjayakan kejohanan ini. SK Stowell telah berjaya menjadi naib johan pada kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemain.


Monday, April 4, 2011

MERENTAS DESA 2011





Acara Merentas Desa telah berlangsung pada 1 April 2011 merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Tahunan SK Stowell 2011. Track laluan merentas desa adalah dalam lingkungan sejauh 1.5 km. Murid tahun 3 perlu menamatkan 1 pusingan manakala murid tahun 4, 5 dan 6 perlu menamatkan sebanyak 2 pusingan. Johan bagi murid tahun 4 ialah Mohd. Akmal Haris, tahun 5 Dheevash Roshan dan tahun 6 pula disandang oleh Emir Daniel. Berikut adalah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap rumah sukan :


RUMAH SUKAN

MATA

HIJAU

82

BIRU

81

KUNING

52

MERAH

51












Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh En. Illyas bin Ismail, Guru Besar Sk Stowell.

Tuesday, March 29, 2011

KEJOHANAN KRIKET MSSM 2011



Kejohanan Kriket MSSM 2011 yang telah berlangsung pada 14-19 Mac 2011 dikelolai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi kategori umur bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun. SK Stowell yang sebelum ini telah berjaya menjadi naib johan dalam kejohanan kriket peringkat negeri Pulau Pinang pun turut serta dalam kejohanan ini. Seramai 6 orang murid terdiri daripada Muhamad Firas, Dheevash Roshan, M. Danish Aiman, M. Akmal Haris, M Ammar Luqman dan Vishvaruben telah terpilih mewakili negeri Pulau Pinang berserta Cikgu Rosman sebagai jurulatih. Kontijen Pulau Pinang telah berjaya menjadi Johan Kategori Plate mengalahkan Pasukan negeri Kelantan dengan 5 wicket. Syabas diucapkan kepada pasukan Pulau Pinang terutamanya pemain dari SK Stowell.


Para pemain sedang mendengar arahan dari jurulatih Cikgu Rosman bin Ismail.

Pasukan kriket negeri Pulau Pinang MSSM 2011.

Pihak sekolah memberi penghargaan kepada pemain.

Monday, March 14, 2011

SMART TEACHERS CAMP 2011




Smart Teachers Camp telah diadakan dengan jayanya pada 5-6 Mac 2011 di Pendang Lake Resort. Program ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Pengurusan Tekanan yang dikendalikan oleh En. Aziz bin Jaafar dan Memperkasakan Jati Diri oleh En. Jamaluddin bin Hashim. Pada malamnya, Program Ice Breaking pula dikendalikan oleh Pn. Norfaezah bt Abd Gapar.

Seterusnya pada hari kedua, aktiviti Senamrobik diketuai oleh Pn. Hajah Rohani bt Ahmad yang turut bersama-sama walaupun telah bersara pada bulan Januari yang lalu. Selepas kudapan pagi, Program Team Building 2 pula menyusul dengan aktiviti yang menceriakan suasana. Ia dikendalikan oleh En. Jamaluddin bin Hashim. LDP kali ini berjaya memupuk semangat setiakawan dan saling bekerjasama antara satu sama lain dikalangan guru-guru yang sebelum ini sentiasa sibuk melayan karenah murid-murid di sekolah. Di harap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.




Wednesday, March 2, 2011

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK STOWELL SESI 2011/2012


YANG DIPERTUA

EN. IZMAN HARRIS BIN ABDUL HALIM

NAIB YANG DIPERTUA
EN. SUKUMAR A/L SUBRAMANIAM

SETIAUSAHA
PUAN NORFAEZAH BINTI ABDUL GAPAR

PENOLONG SETIAUSAHA
PN. PUNITHA A/P KARAPAN

BENDAHARI
EN. RAMACHANDRAN A/L MURUGAYAH

AHLI JAWATANKUASA (WARIS)
EN. ABDUL RAHMAN BIN OMAR
EN. AHMAD RUSDI BIN HAJI HUSSAIN
PN. GANGGA DEVI VANATHAN
EN. AMEERALY BIN MUHAMAD SULTAN
PN. NOOR HASLINDA BINTI ZAINUDIN

AHLI JAWATANKUASA (GURU)
EN. AHMAD SHAKIR BIN ABDULLAH
EN. KHOR SU HAK
PN. SITI DIYANA BINTI ABDUL AZIZ
PN. HAMIDAH BINTI ZAINON




PENDAFTARAN KEHADIRAN TETAMU

UCAPAN YDP PIBG SESI 2010/2011 PUAN HAMIYAH BT. HASSAN

UCAPAN GURU BESAR SK STOWELL EN. ILLYAS BIN ISMAIL



MESYUARAT AGUNG PIBG 2011 BERMULA.