Monday, July 11, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011

Sukan Tahunan 2011 SK Stowell telah diadakan pada 6 Julai 2011 di Mini Stadium MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam. Ia dirasmikan oleh Encik Illyas bin Ismail, Bekas YDP MGBPP merangkap bekas Guru Besar SK Stowell. Rumah Hijau sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan, disusuli Rumah Kuning sebagai Naib Johan, Rumah Biru Ketiga dan Rumah Merah tempat Keempat. Banyak rekod kejohanan telah diperbaharui pada temasya kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang. Berikut adalah mata keseluruhan untuk setiap rumah.

RUMAH

MATA

HIJAU

434

KUNING

401

BIRU

383

MERAH

353






Thursday, June 23, 2011

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2011




SUKANTARA 2011

Sukantara telah berlangsung selama 5 hari iaitu pada 17, 20, 21, 22 & 23 Jun 2011. Antara acara yang dipertandingkan bagi murid Tahap 2 adalah 100 meter & 200 meter larian, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Untuk tahap satu pula, acara 75 meter larian untuk tahun 3, 50 meter larian untuk tahun 1 dan 2 serta acara lompat jauh. Acara padang yang telah berakhir adalah lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi. Berikut adalah pungutan mata yang berjaya dikutip oleh setiap rumah:

RUMAH SUKAN

MATA

HIJAU

292

BIRU

286

KUNING

248

MERAH

238





Wednesday, May 25, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 20 Mei 2011. Pada kali ini sambutan ini telah dirasmikan oleh En. Aziz bin Jaffar, Penolong Kanan Pentadbiran. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA amat bersesuaian dengan peranan besar yang dipikul oleh guru dalam pembangunan negara. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada kali ini.


Wednesday, May 18, 2011

NUKILAN TERAKHIR DARI GURU BESAR



STOWELL YANG AKU KENALI

(Nostalgia Hari Terakhir Perkhidmatan Keguruan)

Stowell yang aku kenali,

adalah rimbunan pepohon hijau menyejuk hati,

adalah tetembok batu teguh melingkari seribu janji,

di dadamu anak kecil berlarian mengejar mimpi mencari realiti

antara kehidupan berbaki dan keseronokan yang tiada bertepi,

dan kau adalah syurga buat kami.


Stowell yang aku kenali,

bersamamu kami berlari dalam kesabaran dan ketabahan hati,

sederap langkah pendidik bangsa dan pembantu segala,

atas satu hasrat, satu jiwa dan satu frasa;

1 Stowell, murid didahulukan, pencapaian diutamakan;

kita bulatkan tekad, kita kukuhkan muafakat, kita betulkan niat

menggapai cita ke puncak jaya.


Stowell yang aku kenali,

Kedewasaanku bersamamu

adalah lautan pengalaman yang tidak terbeli,

dalam melunaskan bakti dan mengais rezeki,

kekadang aku terlajak laluan, terbuntu tujuan

kerana aku juga adalah insan yang serba kekurangan.


Stowell yang aku kenali,

kini aku melangkah pergi tanpa menoleh lagi,

meningggalkan semaian berbenih misi berbuah visi,

bersama bahang kehangatan KPI dan tawaran terkini

pastinya ada tangan kan menyambut baton larianku nanti.


Stowell yang aku kenali,

biar apa pun cabaran mendatang,

biar siapa pun menjadi tunjang,

wargamu bersetia bersemangat waja,

mendepani gelombang merentasi masa,

melarikan obor semarak bernyala,

menerangi lorong kehidupan manusia.


Selamat tinggal Stowellku,

Rohmu kan sentiasa hidup dalam jiwaku!


Nukilan Rasa;

ILLYAS BIN ISMAIL, PJM

Guru Besar Cemerlang,

SK Stowell, Bukit Mertajam. Bertarikh : 18 Mei 2011