![]() |
Monday, October 8, 2012
HARI KANTIN & KOKURIKULUM 2012
Thursday, September 27, 2012
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012
Unit Kokurikulum SK Stowell hari ini menganjurkan satu program perkhemahan untuk
unit-unit beruniform seperti Unit Pengakap, KRS dan PBSM. Seramai 150 orang murid daripada tahun 5 dan 6 yang
mengikuti program perkhemahan ini.
Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Stowell.
Program ini akan dilaksanakan pada 28-29 September 2012 di sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama: Jumaat, 28 September 2012
Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Stowell.
Program ini akan dilaksanakan pada 28-29 September 2012 di sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama: Jumaat, 28 September 2012
Monday, September 10, 2012
En. Ooi Keat Guan Dalam Kenangan
SK Stowell mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang En. Ooi Keat Guan. Mendiang merupakan bekas Guru Besar SK Stowell yang ke-2. Beliau telah berkhidmat bermula pada1967 hingga 1977. Segala jasanya akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SK Stowell.
Keluarga mendiang bergambar dengan Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim pada 24 September 2012
UPSR 2012
Kepada semua murid Tahun 6 SK Stowell, pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bermula pada 11hb hingga 13hb September 2012. Semoga segala ilmu yang telah diperolehi diberkati dan dapat dimanfaatkan untuk anda. Guru-guru SK Stowell sentiasa mendoakan kejayaan anda. Draf Jadual UPSR 2012
SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2012
Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 30 hb Ogos 2012 di SK Stowell. Acara dimulai dengan perarakan dari sekolah ke Taman Bukit, Bukit Mertajam dan berakhir di sekolah. Selepas itu, acara mendeklamasikan sajak, pakaian beragam dan nyanyian lagu patriotik memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Jamuan Hari Raya disediakan pada tengah hari kepada semua warga SK Stowell. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Thursday, August 23, 2012
Selamat Hari Raya
Seluruh warga SK. Stowell ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf,Zahir & Batin, Semoga hari raya tahun ini penuh dengan keriangan. Berhati-hatilah ketika memandu pulang ke destinasi kampung halaman. Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012.
Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan
Majlis Khatam Al-Quran 16 Ogos 2012
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
TARIKH : 18 JULAI 2012
HARI : RABU
MASA : 7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA , SK STOWELL
Hari ini bertempat di Dewan Terbuka ,
SK Stowell satu majlis pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Kempan ini akan berlangsung
mulai 17 Julai hingga 16 september 2012. Matlamat kempen ini adalah
untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar akan sejarah kemerdekaan
negara Malaysia tercinta.
Majlis
ini dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah , lagu negeri dan Negaraku.
Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh al fadhil Ustaz Fadli. Para hadirin juga diperdengarkan perutusan yang dibacakan oleh
Cikgu Rosman bin Ismail , GPM.
Kemuncak acara adalah penyerahan jalur gemilang kepada Ketua Panitia dan wakil pelajar
sebagai simbolik kempen. Para pelajar digalakkan mengebarkan jalur
gemilang dalam kelas masing-masing.Nyanyian lagu patriotik yang diketuai oleh cikgu Jamaluddin mengisi salah
satu slot pada majlis ini
.
Subscribe to:
Posts (Atom)




