Tuesday, May 21, 2013
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013
Pada 16 Mei 2013, SK Stowell telah menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh keharmonian dan meriah. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda". Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Jamaluddin dan dimulakan dengan Bacaan doa oleh Ustaz Nawawi. Acara disusuli dengan ucapan Guru Besar dan upacara pemotongan kek sempena hari guru. Guru Besar mengetuai pembacaan ikrar guru malaysia dan bersama-sama guru SK Stowell menyanyikan Lagu Guru Malaysia diikuti lagu Tema Hari Guru 2013. Cikgu Zaniyah menerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dari seluruh warga SK Stowell.
Friday, April 26, 2013
PROGRAM SEKOLAH HIJAU 2013
Pada 27 April 2013, SK Stowell telah mengadakan Program Sekolah Hijau di sekitar kawasan sekolah. Program bermula pada 8.00 pagi melibatkan semua murid SK Stowell. Dalam masa yang sama juga turut diadakan Hari Terbuka PIBG melibatkan perjumpaan antara AJK PIBG 2013 yang baru dilantik dengan para waris murid SK Stowell. Semua waris dijemput hadir bagi membincangkan perkara yang terbaik untuk murid SK Stowell. Satu lagi program yang turut dijalankan melibatkan waris murid tahun 1, 2 dan 3 iaitu Taklimat KSSR & PBS 2013.
| PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI PRA SEKOLAH |
| PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 |
| PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 |
| PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA |
| PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA |
| MEMASANG TANGKI TADAHAN AIR HUJAN |
| TAKLIMAT KSSR 2013 BERSAMA WARIS |
| TAKLIMAT KSSR 2013 BERSAMA WARIS |
| MOTIVASI MURID TAHUN 6 |
Tuesday, April 23, 2013
Tabung Wira Lahad Datu
SEKOLAH Kebangsaan Stowell telah melancarkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan
yang terkorban ketika mempertahan kedaulatan negara dalam insiden
pencerobohan berdarah di Sabah baru-baru ini.Segala kutipan tersebut
diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah PPDT, En. Zupri bin Ismail dalam satu majlis khas penyerahan wang tabung itu di
sekolah pada 22 April 2013. Sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga
anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia
sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak
mereka. Kutipan ini mengambil masa selama empat hari untuk mengutip wang sumbangan
itu yang digerakkan oleh pengawas sekolah ke setiap kelas dan ketika
waktu rehat.
Sambutan pelajar terhadap usaha itu amat menggalakkan dan ini terbukti apabila dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya mengumpul jumlah kutipan yang agak besar. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat menjayakan usaha kutipan sumbangan ke dalam tabung ini malah ada dalam kalangan mereka menghebahkan juga usaha ini kepada masyarakat luar.
Sambutan pelajar terhadap usaha itu amat menggalakkan dan ini terbukti apabila dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya mengumpul jumlah kutipan yang agak besar. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat menjayakan usaha kutipan sumbangan ke dalam tabung ini malah ada dalam kalangan mereka menghebahkan juga usaha ini kepada masyarakat luar.
KEM MOTIVASI UPSR 2013
Kem Motivasi UPSR telah diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 12 - 13 April 2013 bertempat di SK Stowell. Dalam kem ini, murid-murid dilatih berdikari bagi membina keyakinan diri dan diberi teknik-teknik menjawab soalan oleh guru-guru yang memeriksa kertas soalan UPSR.
Monday, April 22, 2013
Mesyuarat Agung PIGB SK Stowell 2013
Mesyuarat Agung PIBG SK Stowell bagi tahun 2013 telah berjaya diadakan pada 16 Mac 2013. Program bermula pada 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Pauzi bin Haji Omar, Ketua Sektor Unit Pengurusan Sekolah JPNPP. Beliau juga turut merasmikan Bilik PIBG & Kokurikulum yang baru diwujudkan hasil kerjasama Guru Besar, AJK PIBG dan guru-guru. Pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini terdapat beberapa muka baru dalam organisasi PIBG bagi memantapkan lagi pengurusan dan pencapaian murid-murid di SK Stowell.
MERENTAS DESA 2013
Acara tahunan merentas desa telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2013. Acara ini merupakan salah satu acara yang menyumbangkan mata rumah sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan 2013. Acara ini dimulai dengan ucapan Guru Besar, En. Rosli Bin Hashim dan dirasmikan oleh YDP PIBG SK Stowell iaitu En. Izman Harris. Bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan cergas dan bersedia, guru pelatih telah mengetuai senaman pemanas badan sebelum acara merentas desa dimulakan.
| Ucapan Perasmian |
Wednesday, February 27, 2013
KEJOHANAN KRIKET PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2013
Kejohanan MSSPP Kriket Bawah 12 Tahun 2013 telah berlangsung di padang SK STOWELL pada 16 hingga 19 Februari 2013. Sekali lagi menyaksikan SK Stowell selaku juara bertahan sekali lagi telah muncul sebagai johan pada tahun ini. Berikut adalah gambar sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Stowell.
Subscribe to:
Posts (Atom)







