Sunday, December 30, 2012

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SESI 2013

Pada 29 Disember 2012, SK Stowell telah mengadakan Hari Orientasi murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2013 bagi memberi pendedahan murid baru sempena sesi persekolahan 2013 yang akan bermula pada 2 Januari 2013. Pada majlis ini ibu bapa diberi taklimat oleh Guru Besar, En. Rosli bin Hashim di Dewan Terbuka Bobby manakala murid tahun 1 mula masuk ke kelas bersama guru kelas masing-masing.


Sunday, November 18, 2012

UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan GPS dari 2.13 kepada 1.93. Jumlah calon yang menduduki UPSR pada tahun ini seramai 73 orang. 16 calon cemerlang 5A dan 12 calon mendapat keputusan 4A1B. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Secara keseluruhannya, keputusan UPSR pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas berdasarkan peratus kelulusan setiap subjek.Untuk makluman, surat penempatan ke Tingkatan 1 2013 boleh mula didapati mulai 5 Disember 2012.

Tuesday, November 6, 2012

Sambutan Hari Kanak-kanak 2012 SK Stowell

Hari Kanak - kanak  PDF Print Emel
Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).


Objektif Sambutan

Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober


Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman



Sambutan Hari Kanak-kanak 2012 SK Stowell

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah berjaya dianjurkan pada 5 November 2012 dengan meriah. Pelbagai aktiviti dan persembahan murid yang amat menghiburkan bejaya menceriakan lagi sambutan pada kali ini. Program di akhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan.

 

Monday, October 8, 2012

HARI KANTIN & KOKURIKULUM 2012


Hari Kantin dan Kokurikulum 2012 menjelma lagi. Pelbagai acara telah dijalankan. Guru-guru turut terlibat dengan membuka gerai jualan. Semua kutipan akan diserahkan kepada pihak sekolah bagi menampung aktiviti dan program akan datang. Pada hari yang sama juga diadakan Program Bacathon dengan kerjasama PIBG SK Stowell. Semua hadiah cabutan bertuah disampaikan pada penghujung program. Berikut adalah sedutan sepanjang aktiviti berlangsung.
















Thursday, September 27, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Unit Kokurikulum SK Stowell hari ini menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit-unit beruniform  seperti Unit Pengakap, KRS dan PBSM.  Seramai 150 orang murid daripada tahun  5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini.


Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Stowell.


Program ini akan dilaksanakan pada 28-29 September 2012 di sekolah.  Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk.  Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.


Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:

Hari Pertama: Jumaat, 28 September 2012











Monday, September 10, 2012

En. Ooi Keat Guan Dalam Kenangan

SK Stowell mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang En. Ooi Keat Guan. Mendiang merupakan bekas Guru Besar SK Stowell yang ke-2. Beliau telah berkhidmat bermula pada1967 hingga 1977. Segala jasanya akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SK Stowell.












Keluarga mendiang bergambar dengan Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim pada 24 September 2012

UPSR 2012

Kepada semua murid Tahun 6 SK Stowell, pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bermula pada 11hb hingga 13hb September 2012. Semoga segala ilmu yang telah diperolehi diberkati dan dapat dimanfaatkan untuk anda. Guru-guru SK Stowell sentiasa mendoakan kejayaan anda.   Draf Jadual UPSR 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2012

Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 30 hb Ogos 2012 di SK Stowell. Acara dimulai dengan perarakan dari sekolah ke Taman Bukit, Bukit Mertajam dan berakhir di sekolah. Selepas itu, acara mendeklamasikan sajak, pakaian beragam dan nyanyian lagu patriotik memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Jamuan Hari Raya disediakan pada tengah hari kepada semua warga SK Stowell. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya


Seluruh warga SK. Stowell ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf,Zahir & Batin, Semoga hari raya tahun ini penuh dengan keriangan. Berhati-hatilah ketika memandu pulang ke destinasi kampung halaman. Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012.


Aktiviti Sepanjang  Bulan Ramadhan

Majlis Khatam Al-Quran 16 Ogos 2012







Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


TARIKH   :  18 JULAI 2012
HARI        :  RABU
MASA      :   7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT   :  DEWAN TERBUKA , SK STOWELL


Hari ini bertempat di Dewan Terbuka , SK Stowell satu majlis pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Kempan ini akan berlangsung mulai 17 Julai hingga 16 september 2012. Matlamat kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar akan sejarah kemerdekaan negara Malaysia tercinta.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah , lagu negeri dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh al fadhil Ustaz Fadli. Para hadirin juga diperdengarkan perutusan yang dibacakan oleh Cikgu Rosman bin Ismail , GPM.
     Kemuncak acara adalah penyerahan jalur gemilang kepada Ketua Panitia dan wakil pelajar sebagai simbolik kempen. Para pelajar digalakkan mengebarkan jalur gemilang dalam kelas masing-masing.Nyanyian lagu patriotik yang diketuai oleh cikgu Jamaluddin mengisi salah satu slot pada majlis ini
 






.