Thursday, September 27, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Unit Kokurikulum SK Stowell hari ini menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit-unit beruniform  seperti Unit Pengakap, KRS dan PBSM.  Seramai 150 orang murid daripada tahun  5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini.


Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Stowell.


Program ini akan dilaksanakan pada 28-29 September 2012 di sekolah.  Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk.  Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.


Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:

Hari Pertama: Jumaat, 28 September 2012











Monday, September 10, 2012

En. Ooi Keat Guan Dalam Kenangan

SK Stowell mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang En. Ooi Keat Guan. Mendiang merupakan bekas Guru Besar SK Stowell yang ke-2. Beliau telah berkhidmat bermula pada1967 hingga 1977. Segala jasanya akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SK Stowell.












Keluarga mendiang bergambar dengan Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim pada 24 September 2012

UPSR 2012

Kepada semua murid Tahun 6 SK Stowell, pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bermula pada 11hb hingga 13hb September 2012. Semoga segala ilmu yang telah diperolehi diberkati dan dapat dimanfaatkan untuk anda. Guru-guru SK Stowell sentiasa mendoakan kejayaan anda.   Draf Jadual UPSR 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2012

Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 30 hb Ogos 2012 di SK Stowell. Acara dimulai dengan perarakan dari sekolah ke Taman Bukit, Bukit Mertajam dan berakhir di sekolah. Selepas itu, acara mendeklamasikan sajak, pakaian beragam dan nyanyian lagu patriotik memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Jamuan Hari Raya disediakan pada tengah hari kepada semua warga SK Stowell. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.