OBJEKTIF

OBJEKTIF SEKOLAH


1.       Semua murid menguasai Kemahiran Asas 3M serta kemahiran-kemahiran asas setiap mata pelajaran di akhir persekolahan Tahun 6.

2.       Pencapaian UPSR sekurang-kurangnya 90.0% lulus dengan lebih daripada 30.0% calon tahun semasa mendapat 5A.

3.       Mendidik murid menjadi insan yang seimbang dan harmonis, bersifat patriotik serta menghayati semua Nilai-nilai Murni di akhir Tahun 6.

4.       Pencapaian yang cemerlang (sama ada Johan, Naib Johan atau Tempat Ke-3) dalam pelbagai kegiatan kokurikulum dan koakademik di peringkat zon, daerah, atau negeri.

5.       Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan melalui konsep ’Perbelanjaan yang minimum dengan pulangan yang paling maksimum’ serta tanpa teguran audit pada setiap tahun.

6.       Mengurangkan kes salahlaku disiplin dan ponteng sekolah sehingga kurang daripada 5.0% mulai 2006.

7.       Memupuk dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian hubungan di kalangan murid berbilang kaum, agama dan budaya.