Tuesday, November 26, 2013

ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2013






 
 





Lawatan Sambil Belajar ke Lost World of Tambun


 Lawatan Sambil Belajar ke Lost World of Tambun telah berjaya diadakan pada 11 November 2013 disertai oleh 36 murid dan diiringi 4 orang guru pengiring. Semoga lawatan ini memberi pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada semua peserta yang terlibat.




KEMPEN HARI KECERGASAN

 Penyerahan sumbangan Papan Putih untuk bilik darjah dan Tali Skeeping dari wakil Rotary Club
 
Ucapan dari Wakil Rotary Club
 
Ucapan Guru Besar SK Stowell, En. Rosli bin Hashim
 
Pelancaran Hari Kecergasan dengan pertunjukan Skipping oleh cikgu Mohamad

LAWATAN KE LANGKAWI



Pada 28 Oktober 2013, seramai 36 murid bersama 4 guru pengiring telah melawat Langkawi selama 2 hari 1 malam. Antara tempat utama yang dilawati ialah Kereta Kabel, Underwater World, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Air Hangat, Galeri Perdana dan Pantai Pasir Hitam.

Anugerah Kecemerlangan Kriket 2013

 Mohamad Emir Danial b. Zamani
Tempat ke-3, MCA-MILO Kriket U12
 

Visharubban a/l Kumar
Best Batsmen, Tempat ke-3, MCA-MILO Kriket U12


HARI KOKURIKULUM, KANTIN & JOGATHON 2013



Pada 26 Oktober 2013, Sk Stowell telah menganjurkan Hari Kokurikulum, Hari Kantin dan Jogathon dengan penglibatan semua warga SK Stowell dan waris. Pelbagai acara diadakan seperti Gerai Jualan, Fun House, Cyber Cafe, Rumah Hantu, Persembahan Murid, Pertandingan Bolasepak dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bolasepak berjaya dan pemenang-pemenang acara Jogathon.

Thursday, October 17, 2013

PERKHEMAHAN PERDANA 2013


Buat julung kalinya Perkhemahan Perdana pada tahun ini ditempatkan di tapak perkhemahan baru yang terletak di belakang bangunan Blok A SK Stowell. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 11 Oktober 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Antaranya malam kebudayaan, jungle tracking, ceramah motivasi, pertandingan memasak bersama guru dan sebagainya.








Monday, October 14, 2013

Cuti Sempena Hari Raya Aidil Adha 2013

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA


Ibu bapa/penjaga,
Murid tahun 1 hingga 6 dan Prasekolah,
SK Stowell.

Sempena Hari Raya Aidil Adha 2013, sekolah hanya cuti pada hari Selasa 15 Oktober 2013.

 Sehubungan itu, sekolah akan mula dibuka  pada 16.10.2013 (Rabu).


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, August 14, 2013

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU JAMIL


Salam Perpisahan dari seluruh warga SK Stowell kepada Cikgu Jamil, PK Pentadbiran yang akan berhijrah ke SK Bukit Minyak kerana dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar. Beliau telah berkhidmat di SK Stowell selama 2 tahun dengan menggantikan Cikgu Aziz sebagai PK Pentadbiran. Segala jasa dan baktinya di SK Stowell hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Tahniah di atas kenaikan pangkat sebagai Guru Besar.




Tuesday, August 13, 2013

PROGRAM KHATAM AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA


Program Khatam Al-Quran merupakan acara tahunan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 Ogos 2013 di Surau SK Stowell.

Penyerahan Cenderahati kepada peserta.

Penyerahan Bantuan kepada murid yang kurang berkemampuan.

Solat tarawih bersama murid dan waris.

Monday, July 15, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR & UPEN 2 TAHUN 4 DAN 5

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR



JADUAL PEPERIKSAAN UPEN 2 TAHUN 4 & 5 

Friday, July 12, 2013

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-54

 

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-54 telah diadakan di Padang SK Stowell pada 6 Julai 2013 dengan meriah. Pada kali ini, kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh bekas murid SK Stowell iaitu En. Ranjit Singh a/l Mahinder Singh. Kejohanan kali ini menyaksikan pasukan rumah Kuning merangkul johan keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Friday, June 21, 2013

HARI UCAPAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2013


Pada Hari ini, 22 Jun 2013 telah berlangsungnya Hari Ucapan dan Anugerah Cemerlang Murid SK Stowell. Majils dirasmikan oleh wakil Datuk Musa bin Sheikh Fadzir, Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang cemerlang dan warga SK Stowell yang menjayakan Majlis ini.