Monday, February 18, 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH - ANJURAN BADAN PEMUAFAKATAN KPM & PDRM

TARIKH : 18 FEBRUARI 2019

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan
pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan
undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap
antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid
semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.
Kehadiran PSS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2019 ini
diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih
positif.

3. OBJEKTIF
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah :
3.1 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral
sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.2 Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah.
3.3 Memupuk minat murid untuk hadie ke sekolah.

4. ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

5. TARIKH PERLAKSANAAN

5.1 Program JOM KE SEKOLAH ini akan dilaksanakan pada 18 Februari 2019.
Program dilaksanakan pada jam 7.30 pagi sehingga 8.05 pagi



KEHADIRAN PEGAWAI PDRM DISAMBUT OLEH PK HEM, TN HAJI YUSOFF BIN MAT

GURU BESAR MENGIRINGI PEGAWAI PDRM KE TAPAK PERHIMPUNAN

MURID BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN
UCAPAN DARI PEGAWAI PDRM, SARJAN MOHD AMIN BIN HARUN
SARJAN MOHD AMIN BIN HARUN MEMOTONG REBEN SEBAGAI SIMBOLIK PERASMIAN

PERASMIAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

LANTIKAN SKUAD CEGAH JENAYAH

AHLI SKUAD CEGAH JENAYAH SK STOWELL DISAKSIKAN OLEH
PEGAWAI PROSA PPD SPT, USTAZ TARMIZI, PENTADBIR SEKOLAH DAN PEGAWAI PDRM.

ANUGERAH MURID PALING BERDISIPLIN

GURU BESAR MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PDRM

PROGRAM SEMPENA TAHUN BARU CINA

TARIKH : 1 FEBRUARI 2019




SEMUA MURID BERKUMPUL DI DEWAN TERBUKA ILLYAS
UCAPAN GURU BESAR, EN JAMIL BIN OMAR

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MURID

MURID YANG MENERIMA BANTUAN SEMPENA CNY

PEMBERIAN ANG POW KEPADA MURID TAHAP 2

PEMBERIAN ANG POW KEPADA MURID PRASEKOLAH

PEMBERIAN ANG POW KEPADA MURID TAHAP 1

GURU MENGGAYAKAN PAKAIAN BERTEMAKAN TAHUN BARU CINA

PROGRAM MERENTAS DESA 2019

TARIKH     : 26 JANUARI 2019
LALUAN    : SK STOWELL - TAMAN BUKIT - KAMPUNG BUKIT KECHIL
ATUCARA : 


RUMAH

MATA

MERAH

132

KUNING

92

BIRU

88

HIJAU

78

7.45   Pagi   -  Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
8.00   Pagi   -  Senamrobik
8.45   Pagi   -  Acara Merentas Desa bermula
10.45 Pagi   -  Penyampaian Hadiah.
11.00 Pagi   -  Bersurai