Thursday, October 17, 2013

PERKHEMAHAN PERDANA 2013


Buat julung kalinya Perkhemahan Perdana pada tahun ini ditempatkan di tapak perkhemahan baru yang terletak di belakang bangunan Blok A SK Stowell. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 11 Oktober 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Antaranya malam kebudayaan, jungle tracking, ceramah motivasi, pertandingan memasak bersama guru dan sebagainya.








Monday, October 14, 2013

Cuti Sempena Hari Raya Aidil Adha 2013

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA


Ibu bapa/penjaga,
Murid tahun 1 hingga 6 dan Prasekolah,
SK Stowell.

Sempena Hari Raya Aidil Adha 2013, sekolah hanya cuti pada hari Selasa 15 Oktober 2013.

 Sehubungan itu, sekolah akan mula dibuka  pada 16.10.2013 (Rabu).


Sekian dimaklumkan, terima kasih.