Thursday, October 17, 2013

PERKHEMAHAN PERDANA 2013


Buat julung kalinya Perkhemahan Perdana pada tahun ini ditempatkan di tapak perkhemahan baru yang terletak di belakang bangunan Blok A SK Stowell. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 11 Oktober 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Antaranya malam kebudayaan, jungle tracking, ceramah motivasi, pertandingan memasak bersama guru dan sebagainya.