Tuesday, May 21, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada 16 Mei 2013, SK Stowell telah menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh keharmonian dan meriah. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda". Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Jamaluddin dan dimulakan dengan Bacaan doa oleh Ustaz Nawawi. Acara disusuli dengan ucapan Guru Besar dan upacara pemotongan kek sempena hari guru. Guru Besar mengetuai pembacaan ikrar guru malaysia dan bersama-sama guru SK Stowell menyanyikan Lagu Guru Malaysia diikuti lagu Tema Hari Guru 2013. Cikgu Zaniyah menerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dari seluruh warga SK Stowell.


HARI GURU 2013