Monday, August 19, 2019

HARI UCAPAN & ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK DAN HARI GRADUASI PRASEKOLAH ASPIRASI

TARIKH : 24 OGOS 2019


KEJOHANAN KRIKET LIGA JUARA-JUARA NEGERI PULAU PINANG

TARIKH : 5 - 8 OGOS 2019

TAHNIAH kepada Team Kriket SK Stowell yang telah berjaya merangkul Johan dalam kejohanan tersebuat untuk 2 tahun berturut-turut.



















PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR FASA 2

TARIKH : 29 JULAI 2019 - 6 OGOS 2019








KEJOHANAN BOLASEPAK 10TKB PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TARIKH : 15 JULAI 2019

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bolasepak SK Stowell yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.





PROGRAM SUMBANGAN PERALATAN ICT DARI SYARIKAT FIRST SOLAR

TARIKH : 10 JULAI 2019

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Syarikat First Solar (M) Sdn Bhd di atas  sumbangan peralatan ICT kepada pihak sekolah. Dengan sumbangan ini, pihak sekolah dapat meningkatkan lagi penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.









ANUGERAH GURU MSSPP

TARIKH : 10 JULAI 2019

Tahniah kepada Cikgu Rosman kerana menerima Anugerah Mengenang Jasa Pengerusi Teknik Kriket MSSPP.

Team Kriket SK Stowell di bawah kendalian  Cikgu Rosman & Cikgu Rada Krishnan telah berjaya bergelar Juara Negeri MSSPP dari tahun 2014 hingga 2019.





HARI PELAPORAN PBD TAHAP 1

TARIKH : 26 JUN 2019

Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, guru dapat:
  • mengesan pengetahuan sedia ada murid
  • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
  • pembelajaran dari semasa ke semasa
  • mengetahui keberkesanan PdP
  • merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
  • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Melalui PBD, murid dapat:
  • mengesan perkembangan diri
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
  • meningkatkan pencapaian pembelajaran
Aspek Yang Ditaksir
Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Contoh aspek yang ditaksir ialah:
  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran berbahasa
  • Kemahiran mengira
  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran bersosial
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran amali
  • Kemahiran kinestatik
  • Kreativiti
  • Kesihatan dan kecergasan
  • Amalan nilai murni
  • Sikap