Monday, February 13, 2012

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PUSAT KOKURIKULUM 2012

Pegawai Pusat Kokurikulum dan Guru Besar memberi Ceramah Motivasi dan disusuli dengan persediaan teknik-teknik untuk mendaki Bukit Mertajam.

Semua peserta program termasuk guru mengorak langkah mendaki
Bukit Mertajam.



En. Abu Seman yang banyak pengalaman mengenai pendakian bukit memberi sedikit penerangan tentang Bukit Mertajam ini.


Tarikh : 14 Januari 2012 ( SABTU)
Masa : 8.00pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Hutan Lipur Cerok Tok Kun Bukit Mertajam
Peserta : Semua Murid Tahun 6

ATURCARA PROGRAM

07.30 pagi - Bertolak dari sekolah

08.00 pagi - Taklimat Guru Besar

08.30 pagi - Taklimat Pegawai Ko-kurikulum

09.00 pagi - Mendaki Bukit Mertajam

11.15 pagi - Rehat

12.00 tgh hari - Bertolak pulang



OBJEKTIF

1. Membangun minda pelajar dan potensi untuk mencipta kecemerlangan
2. Meningkatkan semangat jati diri..
3. Menmupuk semangat setiakawan dan komunikasi berkesan.

RASIONAL

Kesedaran awal tentang peperiksaan adalah penting supaya murid tidak leka dalam meniti hari-hari peperiksaan nanti. Hal ini memerlukan pemerhatian dan tindakan serius di samping melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan ke arah melahirkan pelajar berkualiti, mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang mantap. Sehubungan itu, dirasakan bahawa program-program pengukuhan kepada sistem pendidikan amat diperlukan bagi menangani cabaran ini. Atas kesedaran inilah maka sekolah melaksanakan program Motivasi Bersama Pusat Kokurikulum bagi melengkapkan diri sebagai pelajar yang berkualiti, seperti mempunyai jati diri, ceria, berketerampilan, dapat melaksanakan tugas terhadap agama, bangsa dan negara.

KESIMPULAN

Program ini telah berjaya membangkitkan semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Murid telah dibekalkan dengan ilmu peningkatan kendiri disamping memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang murid. Secara keseluruhan program ini sedikit sebanyak mampu meniup semangat dalam menghadapi peperiksaan disamping membentuk kekuatan fizikal dan mental.