Wednesday, June 27, 2012

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KE–53 TAHUN 2012


Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Stowell,
14000 Bukit Mertajam.

Tuan / Puan,


JEMPUTAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KE–53 TAHUN 2012

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah ke–53 tahun 2012 seperti butiran berikut

Tarikh            :  30 Jun 2012
Masa            :  8.00 Pagi
Tempat         :  Padang Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam

3.       Oleh itu pihak kami  dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan amat bermakna bagi kami.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menurut perintah


(ROSLI BIN HASHIM)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Stowell
14000 Bukit Mertajam