Tuesday, April 23, 2013

Tabung Wira Lahad Datu

SEKOLAH Kebangsaan Stowell telah melancarkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahan kedaulatan negara dalam insiden pencerobohan berdarah di Sabah baru-baru ini.Segala kutipan tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah PPDT, En. Zupri bin Ismail dalam satu majlis khas penyerahan wang tabung itu di sekolah pada 22 April 2013. Sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak mereka. Kutipan ini mengambil masa selama empat hari untuk mengutip wang sumbangan itu yang digerakkan oleh pengawas sekolah ke setiap kelas dan ketika waktu rehat.
Sambutan pelajar terhadap usaha itu amat menggalakkan dan ini terbukti apabila dalam tempoh yang singkat sahaja berjaya mengumpul jumlah kutipan yang agak besar. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat menjayakan usaha kutipan sumbangan ke dalam tabung ini malah ada dalam kalangan mereka menghebahkan juga usaha ini kepada masyarakat luar.