Tuesday, January 21, 2014

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2014

HARI : AHAD
TARIKH : 29 DISEMBER 2013
 MASA : 8.00 - 12.30 t/h
TEMPAT : DEWAN BESAR BOBBY GOH

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1. Bacaan doa - Ustaz Mahmud Syakir
2. Ucapan Guru Besar - En Rosli bin Hashim
3. Taklimat daripada PK Pentadbiran, PK HEM dan PK KoKurikulum


Guru Besar mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SK Stowell. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada hari pertama program ini dijalankan.