Wednesday, November 16, 2011

Gotong-royong Perdana 2011

Guru wanita mengecat pasu yang ada di sekitar kawasan sekolah.

Beberapa orang guru sedang membersihkan kawasan.

Guru Besar menebas pokok liar yang hampir dengan pagar sekolah.

YDP PIBG, En. Izman Harris bin Abd. Halim pun turut serta dalam aktiviti gotong-royong ini.


Gotong-royong Perdana telah berjaya diadakan pada 12 November 2011 yang melibatkan penyertaan daripada guru-guru dan Jawatankuasa PIBG SK Stowell. Program ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan iaitu memberi keceriaan kepada sekolah dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru-guru dan PIBG. Harapan pihak sekolah agar program gotong-royong akan datang akan disertai oleh semua ahli PIBG SK Stowell.