Wednesday, November 9, 2011

Hari Kanak-kanak 2011



Alhamdulillah, Pada 8 November 2011, SK Stowell berjaya mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah di Dewan Terbuka. Ada beberapa acara dijalankan sempena sambutan ini.

1. Ucapan Perasmian sambutan oleh En. Rosli bin Hashim, Guru Besar Sk Stowell.

2. Persembahan Murid..


3. Penyampaian Hadiah


4. Jamuan Ringan..


Setiap tahun acara sambutan ini dijalankan di mana-mana sahaja. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Apa sebenarnya sambutan hari kanak-kanak ni??

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Objektif Sambutan

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

sumber: http://www.jkm.gov.my